artventure kids challenge with recycle corrugated paper

This is another project done when we have another 15 min left in the studio. Saya beri kanak2 ni strip of corrugated box paper yang direcycle dari kotak2 lama dan suruh mereka buat simple art using what ever they can grab around them.  It’s just something for them to relate with tv programs that they used to watch – Artzooka, Art Attack and Finger Tips, semua program tu mesti ada sessi art/craft challenge..

It’s another uniqueness of Art-Venture Kids’ Studio – we are flexible, we don’t just do it according to book, we always try to relate with what the kids love to watch, what they want to learn more coz sometime they see crafts on tv and want to try but they can’t do it at home, so if time permit, I’ll do my best to let them try it in our studio – even if it means extra usage of materials and my time but.. my motherly instinct just can’t let them go without trying!!. After all, it’s a FUN THING TO DO ;-) If the project takes time and additional material, we’ll put it in proposal list of next projects.

Alyaa came up with an idea dari Art-attack or Artzooka (can’t recall) – A long bunny frame to put up several photos . Hazirah decided to draw comic strip… “It’s a teenage love story” She said.. hehehhe too much of Disney teenage dramalah ni….

And the boys as usual, only thought of things yg boleh diguna untuk bermain.. Tali pinggang berkuasa Kabuto, or was it  Agito? some kind of Mask Rider..whatever…. and they just grabbed apa yg sempat untuk jadi accessories tambahan – pedang from kitchen tissue roll and mask yg pernah dibuat dulu..

Rumah dari Kotak Terpakai

Sebelum ni saya pernah tulis tentang line drawing yang menggunakan rumah sebagai subject. That is considered as 2D, so yang ini ialah versi rumah in 3D.

Mudah je, gunakan mana2 kotak, salah satu dari lidnya kita gunakan sebagai bumbung. Kalau lid tak cukup tinggi untuk buat bumbung, gunalah seperate cardboard, bentukkan mengikut lebar kotak dan lipat dua seperti bentuk bumbung. Tampalkan bumbung dengan menggunakan tape.

Lepas tu tapekan kesemua bahagian kotak supaya semua bahagian nampak kemas dan mempunyai base yang sama. Kalau suka boleh juga buat satu lapisan warna putih atau gesso. Terpulanglah samaada nak guna watercolor atau acrylic. Untuk lebih kemas, kami paint kotak tu dengan 2-3 lapisan, tapi tunggu setiap lapisan kering sebelum buat buat lapisan baru. Kalau guna acrylic lepas tu boleh apply varnish untuk nampak berkilat.

Untuk kanak2 4 tahun, aktiviti buat rumah ni lebih berasakan taping & painting. Untuk tingkap, saya potongkan lebihan cardboard kepada bentuk 4 segi dan mereka tampal je, sebab kanak2 4 tahun ni kalau painting masih banyak keluar line. Nak lukis gambar tingkap, buatlah titik2 dan suruh mereka sambungkan satu titik ke titik lain supaya garisan yang mereka lukis tu taklah ke laut ;-) Kalau rajin, potong pintu guna pisau, kalau tak, tampal jelah…

Walaubagaimanapun, untuk kanak2 5-7 tahun, saya lebih suka kalau mereka buat sendiri gambar tingkap dan pintu. Walaupun rupanya tak sekemas yang dipotong dan tampal, inilah salah satu cara untuk mereka berlatih melukis dan merealisasikan lukisan mereka kepada 3D object.

Recycle craft – Penguin from used bottle

It’s snowy here in Artventure Kid’s Studio!!

Penguin memang seekor binatang yang kiut.. budak-budak sure suka tengok jalannya yang terkedek2 tu.. apalagi bila dapat buat penguin craft ni memang seronok. Memang creative budak-budak ni.. lepas semua siap mereka ambik styrofoam yang lebih-lebih, ramas kecik2 dan jadi salji!! ….. bersepah studio jadinya… but that’s the purpose anyway!! kalau tak sepah bukan studiolah namanye kan :)

Bahan-bahan untuk craft ni – paling utama ialah botol – saya pilih botol Coke sebab reka bentuk botol tu sesuai dengan badan penguin. Lain-lain bahan ialah marker pen, used corrugated box atau cardboard  untuk kaki dan flippers, wiggly eyes, foam berwarna oren atau cardboard untuk paruh, styrofoam berbentuk bola atau telur untuk kepala, acrylic paints dan varnish.

Mula mula bersihkan botol dan lukis 2 bahagian pada botol – bahagian putih dan hitam badan penguin, menggunakan permanent marker. Lepas tu, catkan bahagian putih dan hitam, nak tambah warna kuning atau oren sikit pun boleh. Jangan lupa varnishkan botol tersebut. Kemudian, lukiskan bentuk flippers dan kaki penguin (2 bahagian) dan guntingkan cardboard tersebut. Lepas tu catkan flippers dan kaki dengan warna hitam dan varnishkan.

Langkah seterusnya, ambil styrofoam dan buatkan lubang dibahagian tengah yang boleh memuatkan hujung botol – untuk dibuat kepala. Ukur baik2 sebelum buat lubang, supaya mudah disumbat pada mulut botol nanti. Lepas tu, catkan dan varnish styrofoam dengan warna hitam sebagai kepala. Bila dah kering, gunakan pisau dan buat belahan untuk memuatkan paruh penguin yang diperbuat dari foam atau cardboard (digunting segitiga kecil). Atas paruh tu, boleh lekatkan wiggly eyes – kalau tak de boleh lukus je..

Dah siap semua bahagian, bolehlah dilekatkan pada botol – kena guna plastic gum (yang berpistol tu.. ) supaya lebih kuat.

Hati-hati, untuk penggunaan pisau dan plastic gum tu kenalah parent tolong buatkan..

Dah siap pun.. Pengguin ni boleh dihias macam tu je. Boleh tambah topi ataupun selendang kat tengkuk penguin, kalau suka. Kalau nak  jadikan penyandang buku – boleh isikan pasir dalam botol tu supaya botol jadi berat, so buku pun tak jatuh..

Have fun!!

Recycle Arts – Boxes

Wow!! Lama betul tak update blog. Sibuk dengan bengkel cuti sekolah terbawa-bawa kemalasan sampai lepas cuti sekolah. Anyway, banyak projek yang nak dikongsi, saya mulakan dengan projek lori/bus/kereta menggunakan kotak2 terpakai.

Mudah je.. hanya perlukan beberapa kotak pelbagai size, gam, kertas warna dan marker. Pilih kotak bersesuaian untuk dibuat bus, lori atau kereta. Untuk kereta, kita perlukan 2 kotak berlainan size. Untuk bus dan lori, cukup dengan kotak rectangle yang panjang – saya gunakan kotak susu segar. Balutkan kotak dengan kertas warna, buat roda menggunakan lebihan kertas2 kotak atau cardboard (saya guna kotak cereal). Warnakan roda dan tampalkan ke kotak yang dah dibalut tadi. Kemudian lukiskan tingkap, pintu, lampu dan meriahkan dengan gambar driver dan passenger!

Mudah je kan…

City Scraper – Recycle Art

Saya memang suka mengumpul kotak2 dan bakul etc, sampai husband pun bising banyak sangat kotak tapi tak buat ape puuun.. Dulu masa bekerja pun saya kumpul bakul & bekas, bos pun dah tau kalau hamper sampai, isinya bagilah sesiapa tapi bakul, kotak, saya yang punye.. So bila dah buka studio ni saya memang happy sebab ada tempat untuk saya simpan bahan2 recycle saya ni..

2 mnggu lepas, kami cuba buat recycle art guna kotak2 kesayangan saya.. Lepas 2 sessions, akhirnya siap juga projek City Scrapper dari bahan2 terbuang ni.

Barang2 yang diperlukan ialah mounting board putih (kami guna yang besar sebab ini group projek), kotak2 terpakai seperti kotak susu, cereal, cawan plastic etc.

Mula-mula, buat latarbelakang pemandangan pada board yang nak ditampal. Bahagi kepada 2 bahagian, satu berlatarbelakangkan awan, yang bawahnya berlatarbelakangkan jalan raya.

Lepas tu, bolehlah sediakan kotak2 sebagai bangunan. Projek macam ni selalunya guna teknik papier mache – tampal kertas kat kotak sebelum warnakan kotak-kotak tu. Kami guna cara yang mudah &  cepat sikit –  tapekan je kotak guna masking tape, lepas tu warnakan dengan poster color or plaka.

Sebelum lupa, kalau simpan kotak2 susu or minuman tu, make sure bilas bahagian dalam kotak supaya tak de lebihan susu tertinggal.

Kami mengalami insiden bau susu masam bila start menggunting kotak.. hehhe… My mistake.. lepas ni saya make sure bila nak simpan recycle box, cuci bersih2 dulu.

Lepas mewarna, mulalah lukis tingkap, pintu dan signage. Bila bangunan dah siap, lekatkan ke atas board guna pvc glue atau double sided tape. Tambahkan seri projek ni dengan benda2 lain sebagai hiasan – kami guna awan dari kapas, matahari dari pencungkil gigi.. dan macam-macam lagi.

Projek begini secara tak langsung mengajar anak2 merancang sebelum membuat sesuatu. Dalam projek ni, kalau mereka tak rancang kedudukan bangunan, besar bangunan, timbul pulak masaalah tak muat, kotak terlalu besar, terlalu kecil, etc

Selain daripada itu, mereka juga belajar tentang 3 dimensional subject dan lebih peka pada keadaan sekeliling. Fahmi contohnya, buat pelbagai area untuk hotelnya – ada gymnasium, restaurant dan semestinya kolam renang!!! Berkarya dengan bahan2 terbuang ni juga melatih minda berfikir ”out of the box”. So lepas ni.. kalau nak buang kotak2 tu.. fikirlah dulu, kot2 boleh guna untuk aktiviti craft anak2.