MIOOOWW

Salam to all readers…

I’m taking such a long break from writing,  due to health problem.. but the classes were as usual, thanks to teacher Athirah n Aini..

Less word for now… Here’s a simple project of cats drawing.. use the circle element to draw the body and eyes – For fun, make it bulgy by using leftover cardboard.

10-DSC03137

09-DSC03142

05-DSC03133

 

08-DSC03136

 

06-DSC03135

 

02-DSC03128

 

Wood painting – door sign

Lukisan self-potret tidak semestinya di atas kertas sahaja. Kita boleh pelbagaikan medium walaupun topicnya sama.. Kali ni, kami melukis self-potret di atas kayu – door sign menggunakan acrylic. Door sign ni menunjukkan 2 situasi -tidur dan bangun.

Bila tanya mereka pasal door sign, semua relate kepada hotel.. hehehehe. Kali ni kita gunakan door sign ni di rumah untuk beritahu parent bila kita dah bangun atau dah tidur – sangat berguna bila tiba musim cuti sekolah nanti – kata salah seorang student!

Michelle - 5

Xi Zhe & Sarah - 6

Ikhwan - 7

Aiman - 7

Hazirah - 8

Alyaa - 8

Irfan - 10

Water Color Painting

Menggunakan water color, walaupun menyeronokkan, adakala membuatkan kanak-kanak frustrated bila hasilnya tidak memuaskan. Keseronokan nak cuba sesuatu yang baru kadang2 membuatkan mereka tidak berhati2 semasa gunakan water color.

Untuk pengenalan, saya selalu syorkan mereka menggunakan crayon untuk membuat garisan tepi subjek yang nak diwarnakan, supaya kita boleh minimizekan kesilapan mewarna diluar kawasan. Perkara kedua saya selalu tekankan ialah make sure, warna yang bersebelahan dengan kawasan yang nak diwarnakan tu kering, kalau tak pun warnakan bahagian yang berjauhan dulu untuk elakkan masaalah warna bercampur. Satu lagi kesilapan yang sering dilakukan ialah tidak membasuh brush sebelum menukar warna.

Apa pun painting memang memerlukan practise. So untuk yang ibu-ibu dirumah tu, apa kata belikan anak anda water color sebagai alternatif untuk mewarna coloring book mereka? Kalau bimbang bersepah, lakukan diluar rumah – tapi perlulah pengawasan orang dewasa..

Amin Arief - 7

Najlaa - 7

Ikhwan - 7

Line Drawing – House

Salah satu idea untuk melukis di peringkat awal ialah melukis rumah. Mudah kerana melukis rumah biasanya hanya menggunakan elemen garisan saja. Inilah salah satu cara nak introduce kanak2 kepada variasi bentuk yng menggunakan garisan seperti square, rectangle dan triangle. Untuk kanak2 berusia 5-6 tahun ni, saya beri step by step cara melukis rumah yang simple. Mereka akan excited bila dapat melukis seperti contoh yang ditunjuk. Lepas tu, saya suruh mereka  improvisekan lukisan mereka ikut creativiti masing2, hasil dari observation mereka tentang rumah mereka sendiri – warna rumah misalnya, ada pagar atau tidak, poko2 bunga, etc

Lukisan rumah dibawah ni di sediakan oleh kanak2 5-6 tahun. Enjoy!

Simple Abstract – Straw Blowing

Satu lagi simple abstract yang wajib dicuba ialah menggunakan teknik tiupan straw! I don’t think I need to explain more! Just enjoy hasil kerja budak2 4 -5 tahun ni.. not bad for first timers!

Setelah berbincang, budak2 ni bersatu hati namakan projek ni “firework” hehehe..

Landscape Drawing – Sawah Padi

Ingat tak masa kecik2 dulu bila lukis pemandangan rata2 semua lukis gambar sawah padi berlatar belakangkan gunung. Saya pun sama. Lepas tu adala matahari kat celah gunung… rumah kampung, tepi tu ada pokok kelapa..hehe.. walhal saya tak pernah tengok the real sawah sampaila umur 18 tahun – masa ikut kawan sebilik balik kampong dia di Gurun, Kedah. Exited bukan main.. snap gambar sawah padi kat tepi highway..  tup2 kawin dengan Kedahan.. sekarang rumah saya betul2 bersebelahan sawah padi.

Di Alor Setar ni sawah padi masih banyak lagi. Jadi saya rasa topic landscape – sawah padi ni bukan sesuatu yang asing buat kanak2 kat sini. Sebagai permulaan saya suruh mereka buat garisan di tengah kertas sebagai pembahagi ruang – antara sawah dan latar belakang. Saya beri guideline macammana nak lukis sawah padi, Tapi untuk latar belakangnya, terpulang pada creativity masing-masing.

Saya tak menitik beratkan sangat cantik atau tidak lukisan kanak2 ni. Pada saya apa yang lebih penting ialah proses perbincangan tentang subjek yang dilukis tu. Sessi berceritalah masanya kita nak latih minda kanak2 ni menjadi lebih kreatif. Kadang-kadang lukisan anak2 kita nampak simple je, tapi bila suruh mereka bercerita tentang apa yang dilukis tu, macam2 kisah keluar! Kat bawah ni hasil kerja tangan kanak2 7 hingga 10 tahun. Mereka cuma ada masa selama 1 1/2 jam je nak habiskan melukis dan mewarna. Kalau dapat masa lebih tentu banyak lagi idea mereka yang boleh direalisasikan dalam lukisan ni!!

Aiman - 7 thn

Madiha - 7 thn

Alyaa - 8 thn

Hazirah - 8 thn

Aisyah - 9 thn

Irfan - 10 thn

Hand Drawing with Toddler

Kelas untuk 3-6 tahun dah pun bermula March lepas.

Untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur begini memang perlu banyak perhatian dari orang dewasa. Walaupun projek nampak simple, challenge sebenarnya lebih kepada bagaimana nak take care dan berinteraksi dengan anak2 ni supaya mereka boleh tumpukan perhatian pada projek. Projek pun ambik masa sekejap je tapi sesi berceritanya yang lama…

Ini projek yang boleh dicuba dengan anak2 seawal 3 tahun. Kami buat hand print drawing, Since they all ni baru nak kenal pencil dan belum boleh melukis lagi, saya gunakan benda2 lain sebagai cara nak tarik minat they all.

Setakat ni, benda yang paling popular dengan anak2 ialah “wiggly eyes”. Memang they all cukup seronok bila tengok benda tu sampai semua tempat nk ditempel dengan wiggly eyes. So lepas buat hand drawing tu, kami tempekkan winggly eyes kat setiap jari. Lepas tu suruh anak2 buat garisan sebagai hidung dan mulut. Masa buat projek ni boleh la suruh mereka namakan jari2 yang dah dilekat dengan wiggly eyes tu, tanya siapa characternya – contoh family member ke, kawan2 ke, kira ade berapa jari etc.

Saya juga kira ini projek paling mudah untuk ajar dia orang konsep membuat garisan. Buat garisan tegak ke bawah sebagai hidung. Garisan melenkung kebawah bila sedih, garisan melengkung ke atas bila senyum. Garis putus- putus bawah mata, bila menangis. Lepas tu gunalah konsep garisan tu untuk dibuat rambut pulak.

Kat bawah ni gambar Umaira -4 tahun dengan projek hand drawingnya. Yang sebelah kiri tu yang dia lukis, yang sebelah kanan tu saya buat sebagai contoh. Dalam pelat2 dia sibuk bercerita pasal setiap character jari2 nya! mak ayah, abang, cousinnya pun masuk sekali.. hehehe

 

Latihan Melukis – Grid Drawing

Bila ada masa terluang dalam kelas, saya beri tugasan melukis unutk mengisi masa sebelum kelas selesai.

Anak2 memang nampak lebih seronok bila buat craft. Jadi bila saya bagi tugasan untuk buat drawing semua takut … takut tak cantik. Tapi kelas ni bukan tentang cantik tak cantik, so at last they all manage to take up the challenge dan hasilnya, mereka sendiri tak sangka.

Saya pun tak terror melukis, tapi tips yang saya tahu kalau nak belajar melukis antaranya ialah menggunakan grid. So untuk kanak2 berusia 10 tahun ke bawah, saya cari gambar kartun kegemaran dan paling mudah – Spongbob Squarepants, lepas tu letak di tengah grid dan suruh mereka sambung setengah lagi drawing tu. Dengan cara ni, mereka akan fokus melukis mengikut turutan kotak2 grid dan bukan secara keseluruhan.

Gambar di atas untuk mereka berumur 12 tahun. Untuk mereka, saya cuba free template yang saya dapat dari blog ni.  Thanks to the blog owner – Kathy. Mula2 memang mereka tak yakin langsung, tapi bila dah cuba seronok pula!