Kad Katak 2D Yang Comel

Jom cuba buat kraf katak yang kiut ni. Kombinasi teknik kolaj, watercollor & oil pastel.

Untuk anak-anak kecil, parents boleh tolong gunting dan biarkan mereka menampal dan mewarna. Selain katak, kami pernah buat teknik yang sama untuk haiwan-haiwan lain seperti ayam dan ikan.

Cubalah!

CYMERA_20151010_135612

Comel tak saya!!! Tengoklah aksi saya yang hebat menangkap serangga!

CYMERA_20151010_134822

Lipat 2 kertas warna dan lukis separuh bahagian katak dan mulutnya seperti di atas. Lukis mata di kertas yang lain. Potong mengikut lakaran. (Gambar dari sisi belakang)

CYMERA_20151010_134537

Pada bahagian mulut yang dipotong, lipat seperti dalam gambar. (Gambar dari sisi belakang)

CYMERA_20151010_134936

Tolak bahagian yang dilipat ke depan. (Gambar dari belakang)

CYMERA_20151010_135105

Beginilah rupanya dilihat dari sisi hadapan.

CYMERA_20151010_135222

Tampal mata katak seperti di atas.

CYMERA_20151010_135355

Tampal katak ke atas kertas lukisan yang siap di warnakan. Jangan lupa hias dulu kad dengan gambar daun dan lain-lain elemen menarik.

CYMERA_20151010_135512

Ini contoh kad yang dah siap. Gambar daun dilukis sebelum menampal katak. lebah, katak dan bunga guna teknik kolaj. Jangan lupa tampalkan lidah dalam mulut katak dan biarkan ia terjulur keluar sedikit.

CYMERA_20151010_135808

Yang ni pula muka hadapan kad katak. Ikut suka nak hias macammana.

Fun Coloring Project – Scenery

Anak2 memang suka mewarna dengan pencil color.. tapi aktiviti ni boleh jadi boring juga kalau dibuat selalu, page yg nak diwarnakan pula besar, setengah jalan dah mula warna sambil lewa.

Saya suka gunakan teknik bermain untuk menarik perhatian anak2 menyiapkan task mereka. Jadi aktiviti tu taklah nanpak macam classroom style – kalau tak habis warna kena marah.

Kami cuba projek melukis pemandangan untuk anak2 pre-school. Untuk menggalakkan mereka melukis, kemudian mewarna hingga siap, saya katakan lukisan tu ialah untuk backdrop puppet “wonderpet”, kalau dah siap boleh main.

Barulah beriya2 nak habiskan mewarna. Paper puppet untuk wonderpet tu boleh dicari di website nickelodeon. Saya gunting dan mereka tampal di atas aiskrim stick. Lepas tu bolehla ajak mereka berlakon pulak…

Landscape Drawing – Sawah Padi

Ingat tak masa kecik2 dulu bila lukis pemandangan rata2 semua lukis gambar sawah padi berlatar belakangkan gunung. Saya pun sama. Lepas tu adala matahari kat celah gunung… rumah kampung, tepi tu ada pokok kelapa..hehe.. walhal saya tak pernah tengok the real sawah sampaila umur 18 tahun – masa ikut kawan sebilik balik kampong dia di Gurun, Kedah. Exited bukan main.. snap gambar sawah padi kat tepi highway..  tup2 kawin dengan Kedahan.. sekarang rumah saya betul2 bersebelahan sawah padi.

Di Alor Setar ni sawah padi masih banyak lagi. Jadi saya rasa topic landscape – sawah padi ni bukan sesuatu yang asing buat kanak2 kat sini. Sebagai permulaan saya suruh mereka buat garisan di tengah kertas sebagai pembahagi ruang – antara sawah dan latar belakang. Saya beri guideline macammana nak lukis sawah padi, Tapi untuk latar belakangnya, terpulang pada creativity masing-masing.

Saya tak menitik beratkan sangat cantik atau tidak lukisan kanak2 ni. Pada saya apa yang lebih penting ialah proses perbincangan tentang subjek yang dilukis tu. Sessi berceritalah masanya kita nak latih minda kanak2 ni menjadi lebih kreatif. Kadang-kadang lukisan anak2 kita nampak simple je, tapi bila suruh mereka bercerita tentang apa yang dilukis tu, macam2 kisah keluar! Kat bawah ni hasil kerja tangan kanak2 7 hingga 10 tahun. Mereka cuma ada masa selama 1 1/2 jam je nak habiskan melukis dan mewarna. Kalau dapat masa lebih tentu banyak lagi idea mereka yang boleh direalisasikan dalam lukisan ni!!

Aiman - 7 thn

Madiha - 7 thn

Alyaa - 8 thn

Hazirah - 8 thn

Aisyah - 9 thn

Irfan - 10 thn