Bunga Plastik / Gasing – Recycle Art

Hi all!!

Banyak betul projek yang menggunakan recycle product. Untuk kali nih, apa kata cuba yang mudah dulu dengan menggunakan botol plastik. Memang senang dan cepat, tapi hasilnya cute! Cuma perlukan gunting, color dan botol plasticlah kan… yang mudah botol air mineral.. lembut sikit, besar, kecil tak kisah.

Mula -mula potong botol mineral ikut tinggi kelopak bunga yang dikehendaki – bahagian yang digunakan ialah yang dengan mulut botol. Lepas tu, potong pula kelopak-kelopak bunga, ikut sukalah nak pelbagaikan rupa kelopak bunga tu, nak hujungnya bulat ke, runcing ke, kelopak kecik-kecik atau besar.

Ada 2 cara untuk mewarna, bagi saya untuk kelopak kecil tu, lebih mudah kalau diwarnakan dulu sebelum potong. Untuk kelopak besar, nak warnakan sebelum atau selepas pun tak apa. Saya gunakan permanent market pelbagai warna untuk projek ni, yang color merah tu, saya guna acrylic. Kalau nak pakai glass paint pun boleh, tapi saya suka gunakan permanent marker sebab warna lebih naik dan berseri.

Lepas mewarna, bolehlah kembangkan kelopak bunga dengan menekan dihujung setiap kelopak (yang dekat dengan mulut botol). Dah siap, boleh tebuk lubang di penutup botol, lepas tu masukkan tali dan buat simpulan di bawah penutup botol dan gantung.

Masa saya cuba projek ni dengan anak ketiga Ikhwan –  7 tahun, dia diam je bila saya kata nak buat bunga. Lama dia tengok contoh yang saya buat,  lepas dia main dengan bunga tu, tiba-tiba dia cakap “Mummy, ini boleh jadi gasing!”

So gasing it is dan dia excited nak buat versi gasing pula.. Yang gambar macam kelopak spinning around tu gasinglah tu.. Nak buat spinning effect –  lipatkan sikit setiap kelopak ke satu arah je seperti sedang berpusing!!

Selamat mencuba!

2 thoughts on “Bunga Plastik / Gasing – Recycle Art

  1. salam haniza.
    saya ni tgh fikirkan program untuk kanak-kanak dan remaja masa cuti sekolah nanti. kebanyakkan yang u buat sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah dan bawah umur. Ada cadangan tak untuk remaja..apa yang saya fikirkan ialah buat aksesori perhiasan wanita daripada manik dan jahit manik kat baju. maybe u ada cadangan yang lebih menaraik. TQ

    • Wassalam Liza,

      Thanks for stopping by. Actually activiti art n craft untuk remaja pun banyak – i.e. t-shirt painting, shoes printing, cuma saya tak share sebab so far student saya cuma kids below 12 je… Nanti bila ada kelapangan saya share ideas or email you the info sebab dah pernah compile untuk cuti sekolah lepas tapi tak publish sebab dah terlambat.. hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s