City Scraper – Recycle Art

Saya memang suka mengumpul kotak2 dan bakul etc, sampai husband pun bising banyak sangat kotak tapi tak buat ape puuun.. Dulu masa bekerja pun saya kumpul bakul & bekas, bos pun dah tau kalau hamper sampai, isinya bagilah sesiapa tapi bakul, kotak, saya yang punye.. So bila dah buka studio ni saya memang happy sebab ada tempat untuk saya simpan bahan2 recycle saya ni..

2 mnggu lepas, kami cuba buat recycle art guna kotak2 kesayangan saya.. Lepas 2 sessions, akhirnya siap juga projek City Scrapper dari bahan2 terbuang ni.

Barang2 yang diperlukan ialah mounting board putih (kami guna yang besar sebab ini group projek), kotak2 terpakai seperti kotak susu, cereal, cawan plastic etc.

Mula-mula, buat latarbelakang pemandangan pada board yang nak ditampal. Bahagi kepada 2 bahagian, satu berlatarbelakangkan awan, yang bawahnya berlatarbelakangkan jalan raya.

Lepas tu, bolehlah sediakan kotak2 sebagai bangunan. Projek macam ni selalunya guna teknik papier mache – tampal kertas kat kotak sebelum warnakan kotak-kotak tu. Kami guna cara yang mudah &  cepat sikit –  tapekan je kotak guna masking tape, lepas tu warnakan dengan poster color or plaka.

Sebelum lupa, kalau simpan kotak2 susu or minuman tu, make sure bilas bahagian dalam kotak supaya tak de lebihan susu tertinggal.

Kami mengalami insiden bau susu masam bila start menggunting kotak.. hehhe… My mistake.. lepas ni saya make sure bila nak simpan recycle box, cuci bersih2 dulu.

Lepas mewarna, mulalah lukis tingkap, pintu dan signage. Bila bangunan dah siap, lekatkan ke atas board guna pvc glue atau double sided tape. Tambahkan seri projek ni dengan benda2 lain sebagai hiasan – kami guna awan dari kapas, matahari dari pencungkil gigi.. dan macam-macam lagi.

Projek begini secara tak langsung mengajar anak2 merancang sebelum membuat sesuatu. Dalam projek ni, kalau mereka tak rancang kedudukan bangunan, besar bangunan, timbul pulak masaalah tak muat, kotak terlalu besar, terlalu kecil, etc

Selain daripada itu, mereka juga belajar tentang 3 dimensional subject dan lebih peka pada keadaan sekeliling. Fahmi contohnya, buat pelbagai area untuk hotelnya – ada gymnasium, restaurant dan semestinya kolam renang!!! Berkarya dengan bahan2 terbuang ni juga melatih minda berfikir ”out of the box”. So lepas ni.. kalau nak buang kotak2 tu.. fikirlah dulu, kot2 boleh guna untuk aktiviti craft anak2.

3 thoughts on “City Scraper – Recycle Art

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s