Salt Dough – Part 1

Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, bila mak buat karipap, donut kita mesti teringiiiiiiin sangat nak join sebelah tangan.. nak menguli & nak try buat macam-macam dengan doh tu kan.. Yang mak kita pun bising bising tak bagi kacau, tangan kotor ler, membazir, tak cantik ler tah tape lagi ler alasannya… last-last dapatlah yang dah lebih lebih tu kan… itu pun dah seronok!!

Kali ni saya nak bagi peluang kat budak-budak ni main puas-puas dengan doh!! Tapi bukan buat kuih, buat salt dough yang bila dah keras, nampak macam batu pun ada!

Salt Dough, a.k.a ” Doh Garam”  simply means doh yang diperbuat dari garam. Saya suka gunakan salt dough nih sebab tangan tak rasa berminyak macam guna plasticine dan yang paling penting, ianya murah dan menyeronokkan!!

Yang tak syioknya, saya tak dapat nak snap lebih2 gambar time budak-budak ni main dengan dough mereka sebab tangan penuh dengan tepung, so apa yang sempat jelah..

Mereka excited betul bila di beri peluang buat sendiri dough tu from scratch, sebab salt dough ni terlalu simple, hanya perlukan garam, tepung dan air, bolehlah they all uli sendiri. Cuma untuk mereka, saya buat adunan kecik sikit, senang they all nak uli. Resepinya:

1 cawan garam halus

2 cawan tepung

3/4 cawan air

Untuk anak-anak, saya kecilkan adunan jadi 1/2 cawan garam, 1 cawan tepung dan 1/4 cawan air.

Campur semua bahan dan mulalah menguli. Untuk projek kali ni saya mulakan dengan konsep menekap sebagai pengenalan kepada bentuk 2 dimensi. Untuk tu, kena ada roller dan cookie cutter – atau acuan. Saya guna acuan huruf dan acuan yang simple2 je – bunga, rama-rama dan macam-macam lagilah. Lepas tu suruhlah mereka buat acuan nama mereka – secara tak langsung boleh ajar mereka mengenal huruf & mengeja.

Bila mereka dah puas bermain dengan acuan, galakkan anak-anak buat sesuatu mengikut daya imaginasi mereka. Sebagai contoh – dari dough tu boleh buat bentuk binatang, rumah, barang mainan seperti kereta, bola dan macam-macam lagi, tapi masih dalam bentuk 2 dimensi. Kalau mereka belum penat lagi bolehlah buat bentuk 3 dimensi, tapi untuk kelas kali ni kami buat 2 dimensi dulu🙂

Bila dah siap – dough2 ni kenalah dibakar dalam oven supaya keras – ikut bentuk, kalau dough tebal dan besar, lamalah sikit. Saya bakar pada suhu 130′ C, untuk huruf2 tu saya ambik masa 20 – 30 minit, sampai betul-betul keras macam batu2 kat tepi pantai tulah – sebab dough ni dibuat dari garamkan! Boleh juga jemur bawah matahari tapi ambil masa berhari juga nak keras.

pan, huruf & pelbagai bentuk yang dah siap dibakar
Bentuk bebas – burung (Ikhwan – 7 thn)
Yang ni cikgu punya hasil tangan.. saja nak tumpang sekaki..

Setakat tu dulu.. next class kami akan warnakan dough yang dah kering ni.. boleh jadi macam-macam tau!! tak sabar nak tunggu next class! Kat bawah ni contoh dough yang dah siap diwarnakan dan divarnish. Sebagai contoh, yang bawah ni acuan tapak tangan Irsyad ~ 2 tahun 1 bulan, saya ambik acuan ni masa dia tengah tidur… hehehe!!

10 thoughts on “Salt Dough – Part 1

  1. mohon share resepi ini untuk pembelajaran di prasekolah…sangat menarik dan membantu guru pra dalam mempelbagaikan aktiviti….dah buntu nak guna bahan ape….tq in advanced….

    • Silakan Has,memang itu pun purpose saya berblogging, saya pun dapat resepi ni dr internet juga.. kalau nak nampak cantik lagi, letak pelbagai warna guna pewarna makanan pada doh tu, jadi tak perlu warnakan lepas bakar. Have fun!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s