BENGKEL ART & CRAFT CUTI SEKOLAH

Next week dah pun cuti sekolah. Anak-anak pun dah habis mid year exam. Cuti sekolah ni kalau tak ada rancangan untuk anak-anak, apakata join Art-Venture Kids’ Studio punya program – Bengkel Seni & Kraf Cuti Sekolah. Setidak-tidaknya ada juga kepelbagaian dalam aktiviti cuti sekolah mereka kan…

Di bawah ni saya sertakan jadual class. For more info, please do not hesitate to call me at 019-3371514. Happy Holiday Kids!!

Advertisements

Recycle craft – Caterpillar from egg-carton

Saya suka tengok kanak2 kecil  berumur 6 tahun ke bawah buat art dan craft. Mereka ni jarang buat perbandingan sesama kawan, tak seperti kanak2 yang dah bersekolah. They all akan buat je projek ikut imaginasi sendiri, cantik ke tidak belakang kira. Interpretasi mereka juga lain. Saya pernah tanya Karl yang berusia 3 tahun:

Saya: Ulat suka makan apa?

Karl: Makan durian….

Saya: Hahahaha.. betul jugaa…..

Memang kadang2 kita yang dewasa tak terfikir tentang jawapan yang mereka beri ni.. tapi memang betul pun, jawapannya jujur, apa yang dia nampak itu yang dia jawab!!

Gambar di atas ni ialah Umairah, Izzah & Tasnim dengan projek caterpillar mereka. Projek ulat dari bekas telur ni mudah je, hanya potongkan bekas telur tu ikut alurnya lepas tu suruh anak2 warnakan menggunakan poster color atau tempera. Kat bahagian depan tu buatlah muka – mata, mulut hidung dan letakkan sesungut dari dawai kecil (kalau ada). Lepas tu saya ajak mereka lukis daun dan kami buat role play – ulat yang sedang seronok makan daun yang besar dan hijau!!

Yum, yum, yum……

Paper Mache – Big Bowl

Ini satu lagi projek yang Artventure kids seronok melakukannya!! Big bowl using paper mache technique. Something yang mereka tak pernah buat kat sekolah. Kami ambik masa 2 session untuk buat projek ni. Satu session untuk tiup belon, lekatkan paper atas belon and main belon yang lebih-lebih tu…  Satu session lagi, untuk mewarna dan menghias bowl yang dah keras.

Untuk kali ni saya guna teknik tampalan je instead of teknik tumbuk atau blender kertas sampai lumat. Mula2 tiup belon ikut size yang dikehendaki. Lepas tu mula tampalkan kertas suratkhabar lama yang dah dikoyak2 menggunakan campuran gam dan air. Untuk tak bagi belon tu bergerak – letaklah dalam bekas, tampal kertas dari bahagian atas hingga ke bawah, ikut tinggi bowl yang nak dibuat.

Process menampal ni ambil masa sebab kena buat banyak lapisan supaya bowl tu keras. Siap menampal keringkan bowl dalam 1-2 hari (ikut cuaca). Bila dah keras, potonglah bowl tu supaya cantik sikit bahagian atasnya. Lepas tu guna kertas yang dah dipintal macam tali dan buat lingkaran pada bahagian bawah bowl dan tape kelilingnya – ini sebagai kaki bowl.

Bila dah siap, boleh mula mengecat bowl. Kami buat satu lapisan masking tape untuk bowl kami sebab malas nak cat putih dulu. Nak cat terus pun boleh tapi make sure catnya tebal sikit jadi taklah nampak sangat suratkhabar tu. Lepas tu macam biasa sapukan varnish untuk kesan kilat dan tahan lama.

Selesai process di atas, bolehlah hiaskan dengan macam2 benda – beads, bling2, tali, foam etc – terpulang pada creativity masing2. Kalau tak nak hias dengan bende2 lain pun boleh gunakan creativity mewarna – seperti penggunaan dua tiga warna, lukis corak pada bowl dan sebagainya.

Projek ni banyak mengajar tentang kesabaran. Ia melatih kanak-kanak ni supaya berhati2. Masa session pertama mereka tak boleh bayangkan macammana belon tu akhirnya boleh jadi bowl. Mereka tak sabar nak mengecat, ada yang tampal ikut suka kt mana, asal siap jadi masa inilah kita kena terangkan sebab kenapa kita kena perlu buat lapisan kertas tu banyak kali and make suru kita tampal ikut turutan supaya tidaklah ada bahagian yang nipis yang tebal – yang tak sekata. Secara tak langsung mereka belajar juga konsep sains seperti kenapa belon tu mengecut selepas beberapa hari. Satu lagi value yang bagus untuk diterapkan dalam projek ni ialah recyclye art – suratkhabar lama pun boleh diguna semula kalau kena caranya.

Kat bawah ni antara finish products yang sempat di snap!

Kat bawah ni, Ikhwan. Dia ni memang suka role play. Jadi bila agak2 dah boring dengan bowl, dia jadikan benda tu topi keledar, kura-kura dan hand bag!! Saya biarkan je, bagi dia think outside the box! Hehehe…

Selamat Hari Ibu!!

Hmmm… hajat nak tulis craft untuk hari ibu sebelum harinya tapi terlalu sibuk sampai tak ada kesempatan nak menulis.

Untuk seminggu nih kanak2 artventure kids dari 4 tahun hingga 12 tahun semua tak lepas peluang buat kad untuk ibu2 mereka. Selain dari kad, kami buat bunga dari creep paper dan letakkan dalam pasu dari bekas yogurt. Mudah je buat bunga ni, Cuma potong creep paper macam nak buat bunga manggar tu lepas tu roll pada lidi satay.

Untuk card pula – macam2 jenis card yang boleh dibuat. Irfan prefer lukis jadi dia buat lukisan dibawah untuk kad ucapannya.

Kepada yang tak tahu nak melukis tu, boleh cuba lain2 cara seperti gunakan sticker, felt, bling2, glitter glue, stencil dan macam2 lagi untuk menghias card.  Yang dibawah ni contoh kalau guna sticker dan bling2. Bahagian dalam pula guna teknik kolaj.

Yang dibawah ni pula guna felt yang dah siap dipotong dengan bentuk bunga.

Selamat hari ibu untuk semua para ibu!!!