Paper Mache – Big Bowl

Ini satu lagi projek yang Artventure kids seronok melakukannya!! Big bowl using paper mache technique. Something yang mereka tak pernah buat kat sekolah. Kami ambik masa 2 session untuk buat projek ni. Satu session untuk tiup belon, lekatkan paper atas belon and main belon yang lebih-lebih tu…  Satu session lagi, untuk mewarna dan menghias bowl yang dah keras.

Untuk kali ni saya guna teknik tampalan je instead of teknik tumbuk atau blender kertas sampai lumat. Mula2 tiup belon ikut size yang dikehendaki. Lepas tu mula tampalkan kertas suratkhabar lama yang dah dikoyak2 menggunakan campuran gam dan air. Untuk tak bagi belon tu bergerak – letaklah dalam bekas, tampal kertas dari bahagian atas hingga ke bawah, ikut tinggi bowl yang nak dibuat.

Process menampal ni ambil masa sebab kena buat banyak lapisan supaya bowl tu keras. Siap menampal keringkan bowl dalam 1-2 hari (ikut cuaca). Bila dah keras, potonglah bowl tu supaya cantik sikit bahagian atasnya. Lepas tu guna kertas yang dah dipintal macam tali dan buat lingkaran pada bahagian bawah bowl dan tape kelilingnya – ini sebagai kaki bowl.

Bila dah siap, boleh mula mengecat bowl. Kami buat satu lapisan masking tape untuk bowl kami sebab malas nak cat putih dulu. Nak cat terus pun boleh tapi make sure catnya tebal sikit jadi taklah nampak sangat suratkhabar tu. Lepas tu macam biasa sapukan varnish untuk kesan kilat dan tahan lama.

Selesai process di atas, bolehlah hiaskan dengan macam2 benda – beads, bling2, tali, foam etc – terpulang pada creativity masing2. Kalau tak nak hias dengan bende2 lain pun boleh gunakan creativity mewarna – seperti penggunaan dua tiga warna, lukis corak pada bowl dan sebagainya.

Projek ni banyak mengajar tentang kesabaran. Ia melatih kanak-kanak ni supaya berhati2. Masa session pertama mereka tak boleh bayangkan macammana belon tu akhirnya boleh jadi bowl. Mereka tak sabar nak mengecat, ada yang tampal ikut suka kt mana, asal siap jadi masa inilah kita kena terangkan sebab kenapa kita kena perlu buat lapisan kertas tu banyak kali and make suru kita tampal ikut turutan supaya tidaklah ada bahagian yang nipis yang tebal – yang tak sekata. Secara tak langsung mereka belajar juga konsep sains seperti kenapa belon tu mengecut selepas beberapa hari. Satu lagi value yang bagus untuk diterapkan dalam projek ni ialah recyclye art – suratkhabar lama pun boleh diguna semula kalau kena caranya.

Kat bawah ni antara finish products yang sempat di snap!

Kat bawah ni, Ikhwan. Dia ni memang suka role play. Jadi bila agak2 dah boring dengan bowl, dia jadikan benda tu topi keledar, kura-kura dan hand bag!! Saya biarkan je, bagi dia think outside the box! Hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s