Tiger rawwwwww!!!!

In the spirit of Harimau Malaya… (walaupun kalah 😦 ) hhehehee…

This is another project by pre-schoolers – tiger mask. Cuma gunakan plastic/paper plates, paints, penutup botol dan getah. Kami tak tebuk untuk buat mata sebab kami guna plastic plate – takut tajam pulak.. jadi saya gantikan mata dengan penutup botol yang diwarnakan hitam…

Mudah je projek ni sebab dah selalu buat di sekolahkan.. cuma bezanya di Art-venturekids’ Studio, mereka boleh gunakan paint walaupun baru berumur 4 tahun.  Bukan  cantik jadi ukuran tapi pendedahan kepada kepelbagaian medium2, itu yang cuba saya tekankan..

Advertisements

Bling-bling collage

I remember doing a lot of art projects when I was a kid! Simple but fun. Dan yang paling saya ingat, walaupun my mum tak sekolah tinggi tapi bila time art, dia akan usahakan cari bende2 yang cikgu suruh bawa ke sekolah. During our time, cikgu2 banyak ajar guna benda2 yang mudah didapati kat dapur, tumbuh2an, kalau kena beli pun yang murah2 je.

Kids nowdays memang beruntung sebab macam-macam benda yang boleh dibeli untuk digunakan dalam art. Sediakan duit je… Mcm project collage ni, kami guna bling-bling bagi menggantikan kertas. Cari je kat kedai stationary ataupun kedai craft supply. Budak2 mana yang tak suka tengok benda2 berkilau macam ni kan…

Marini & Umaira, 4 years old

 

Art-venture kids’ studio rocks!!!

Fun! Fun!Fun!

Rock painting for kids is another happy moment at Art-venturekids Studio!

Projek untuk kanak2 7 tahun ke atas ni hanya menggunakan simple design since they all ni first timer. For kids, rock painting design paling mudah ialah design haiwan2 comel. Since diaorang tak pernah tengok rock painting, saya bagi contoh2 yang dah siap as well as some info and pictures from books and internet.

Batu2 yang digunakan ni ada jual jual kat nursery – saya guna yang besar tapak tangan. Basuh dulu batu tu, lepas tu apply gesso. Then, startlah proses melukis – kat sini saya nasihatkan kalau guna pencil jgn terlalu tekan sebab kita tak nak nampak kesan pensil bila mewarna nanti.

Bila dah siap design yang kita nak, mulalah mewarna guna acrylic. Apply paint sekurang2nya 2 kali supaya paint nampak rata dan naik warnanya. Sebgai finishing touch letaklah varnish supaya nampak kilat & tahan lama.

Macam2 yang boleh dibincangkan semasa projek ni. Talks about pets and rock, sungai, berkelah,  etc…

Tengoklah hasil kerja mereka… cute 🙂

Ladybirds, Fish, Birdy, Bees

Najla prefers flowers..

Husna with the heaviest strawberry in Artventurekids Studio!

Strawberry and flowers from afternoon class

I wanted to join the fun too - so I thought Patrick Star would fit in 🙂

Simple Abstract – Straw Blowing

Satu lagi simple abstract yang wajib dicuba ialah menggunakan teknik tiupan straw! I don’t think I need to explain more! Just enjoy hasil kerja budak2 4 -5 tahun ni.. not bad for first timers!

Setelah berbincang, budak2 ni bersatu hati namakan projek ni “firework” hehehe..

Simple Abstract Using Paint

Few weeks ago saya cuba explore simple abstract dengan preschoolers ( 4-6 years). Paling mudah tapi penuh keseronokan – dengan menggunakan paint dan teknik lipatan kertas. I bet semua orang pernah buat benda ni… rasanya inilah benda yang first sekali saya belajar bila dikenalkan dengan water colour!!

Yang buat projek ni seronok ialah the surprise element yang ada bila tiba masa nak buka lipatan dan tengok hasilnya.. Semua come up with their own interpretation apa yang they all nampak pada lukisan tu.. and believe me.. they are amazing!! ada benda yang saya tak nampak tapi budak2 ni boleh nampak sekali tengok je… Macam2 – burung pakai cerminmata, dua ekor rusa, transformer, clown, katak, princess dancing, elephant… the list goes on….

Be prepared.. budak2 bila dah keluar macam2 idea tu.. sibuk nak mempertahankan idea siapa yang betul.. hehehe…

p/s : kami tambah wiggly eyes pada abstract yang nampak macam haiwan – just to add more fun!!

Recycle craft – Penguin from used bottle

It’s snowy here in Artventure Kid’s Studio!!

Penguin memang seekor binatang yang kiut.. budak-budak sure suka tengok jalannya yang terkedek2 tu.. apalagi bila dapat buat penguin craft ni memang seronok. Memang creative budak-budak ni.. lepas semua siap mereka ambik styrofoam yang lebih-lebih, ramas kecik2 dan jadi salji!! ….. bersepah studio jadinya… but that’s the purpose anyway!! kalau tak sepah bukan studiolah namanye kan 🙂

Bahan-bahan untuk craft ni – paling utama ialah botol – saya pilih botol Coke sebab reka bentuk botol tu sesuai dengan badan penguin. Lain-lain bahan ialah marker pen, used corrugated box atau cardboard  untuk kaki dan flippers, wiggly eyes, foam berwarna oren atau cardboard untuk paruh, styrofoam berbentuk bola atau telur untuk kepala, acrylic paints dan varnish.

Mula mula bersihkan botol dan lukis 2 bahagian pada botol – bahagian putih dan hitam badan penguin, menggunakan permanent marker. Lepas tu, catkan bahagian putih dan hitam, nak tambah warna kuning atau oren sikit pun boleh. Jangan lupa varnishkan botol tersebut. Kemudian, lukiskan bentuk flippers dan kaki penguin (2 bahagian) dan guntingkan cardboard tersebut. Lepas tu catkan flippers dan kaki dengan warna hitam dan varnishkan.

Langkah seterusnya, ambil styrofoam dan buatkan lubang dibahagian tengah yang boleh memuatkan hujung botol – untuk dibuat kepala. Ukur baik2 sebelum buat lubang, supaya mudah disumbat pada mulut botol nanti. Lepas tu, catkan dan varnish styrofoam dengan warna hitam sebagai kepala. Bila dah kering, gunakan pisau dan buat belahan untuk memuatkan paruh penguin yang diperbuat dari foam atau cardboard (digunting segitiga kecil). Atas paruh tu, boleh lekatkan wiggly eyes – kalau tak de boleh lukus je..

Dah siap semua bahagian, bolehlah dilekatkan pada botol – kena guna plastic gum (yang berpistol tu.. ) supaya lebih kuat.

Hati-hati, untuk penggunaan pisau dan plastic gum tu kenalah parent tolong buatkan..

Dah siap pun.. Pengguin ni boleh dihias macam tu je. Boleh tambah topi ataupun selendang kat tengkuk penguin, kalau suka. Kalau nak  jadikan penyandang buku – boleh isikan pasir dalam botol tu supaya botol jadi berat, so buku pun tak jatuh..

Have fun!!