Recycle craft – Penguin from used bottle

It’s snowy here in Artventure Kid’s Studio!!

Penguin memang seekor binatang yang kiut.. budak-budak sure suka tengok jalannya yang terkedek2 tu.. apalagi bila dapat buat penguin craft ni memang seronok. Memang creative budak-budak ni.. lepas semua siap mereka ambik styrofoam yang lebih-lebih, ramas kecik2 dan jadi salji!! ….. bersepah studio jadinya… but that’s the purpose anyway!! kalau tak sepah bukan studiolah namanye kan🙂

Bahan-bahan untuk craft ni – paling utama ialah botol – saya pilih botol Coke sebab reka bentuk botol tu sesuai dengan badan penguin. Lain-lain bahan ialah marker pen, used corrugated box atau cardboard  untuk kaki dan flippers, wiggly eyes, foam berwarna oren atau cardboard untuk paruh, styrofoam berbentuk bola atau telur untuk kepala, acrylic paints dan varnish.

Mula mula bersihkan botol dan lukis 2 bahagian pada botol – bahagian putih dan hitam badan penguin, menggunakan permanent marker. Lepas tu, catkan bahagian putih dan hitam, nak tambah warna kuning atau oren sikit pun boleh. Jangan lupa varnishkan botol tersebut. Kemudian, lukiskan bentuk flippers dan kaki penguin (2 bahagian) dan guntingkan cardboard tersebut. Lepas tu catkan flippers dan kaki dengan warna hitam dan varnishkan.

Langkah seterusnya, ambil styrofoam dan buatkan lubang dibahagian tengah yang boleh memuatkan hujung botol – untuk dibuat kepala. Ukur baik2 sebelum buat lubang, supaya mudah disumbat pada mulut botol nanti. Lepas tu, catkan dan varnish styrofoam dengan warna hitam sebagai kepala. Bila dah kering, gunakan pisau dan buat belahan untuk memuatkan paruh penguin yang diperbuat dari foam atau cardboard (digunting segitiga kecil). Atas paruh tu, boleh lekatkan wiggly eyes – kalau tak de boleh lukus je..

Dah siap semua bahagian, bolehlah dilekatkan pada botol – kena guna plastic gum (yang berpistol tu.. ) supaya lebih kuat.

Hati-hati, untuk penggunaan pisau dan plastic gum tu kenalah parent tolong buatkan..

Dah siap pun.. Pengguin ni boleh dihias macam tu je. Boleh tambah topi ataupun selendang kat tengkuk penguin, kalau suka. Kalau nak  jadikan penyandang buku – boleh isikan pasir dalam botol tu supaya botol jadi berat, so buku pun tak jatuh..

Have fun!!

24 thoughts on “Recycle craft – Penguin from used bottle

  1. Pingback: BERKREATIF SAMBIL BERMAIN | ART-VENTURE KIDS' STUDIO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s