Art-Venture Kids’ Studio in NLKO

Right before cuti sekolah bermula, pada 18th Nov lepas, kami telah dijemput oleh pihak Nasi Lemak Kopi O di TV9 untuk bercerita sedikit tentang program art & craft cuti sekolah yang kami sediakan. Tak sempat nak update awal-awal. Terima Kasih buat team NLKO kerana sudi memberi kami kesempatan mempromosikan program kami. Alhamdulillah…

Kepada mereka yang masih mencari2 aktiviti musim cuti sekolah untuk anak2, jomlah datang ke Art-venture Kids’ Studio!

 

Sessi temubual

Irfan sedang buat contoh craft.. pucat je.. hehehe

Dengan craft yang dah disiapkan..

Cutelah si Farah ni!!

 

Advertisements

Bowling for Beginner

School holiday is just around the corner!! I’ve got a mix reaction on this.. I’m a mother of 4 boys so I bet you can imagine why??? hehehehe..

Sebenarnya, since end of the year exam habis pun, saya dah mula busy cari aktiviti yang boleh mereka buat dirumah selain games and tv, games, games, tv..

This is something we prepared in the class dalam masa yang singkat. Puncanya, semasa buat art dan berborak dengan kanak2 ni saya tanya apa aktiviti mereka lepas habis exam. Seperti biasa, jawapannya sama – games and tv. So saya bagi cadangan untuk buat simple games yang boleh dibuat di rumah.

Bagus juga ada benda ni kat studio, as a motivation for them, sampai one time I need to sorokkan bowling nih sebab mereka tak sabar2 nak main.. hahahha!!! Now, after class, or kalau nak relaxkan muscle2 tangan mereka ataupun sementara nak tunggu parent datang pick up, they all boleh main bowling yang simple nih..

Apa yang diperlukan ialah 10 biji botol plastic – kalau boleh bentuk yg sama, acrylic paint, kacang hijau. Untuk bola boleh guna old newspaper, plastic bag dan tape.

Apa lagi, mulalah warnakan botol2 tu dengan pelbagai warna supaya nampak meriah. Perlu buat 2-3 kali coat supaya nampak rata. Kalau rajin, varnishlah botol2 tu.. in my case, tak sempat sebab budak2 dah tak sabar nak main. Masa mengecat botol tu, boleh buat pelbagai corak seperti polka dot ke, belang2 ke, stars etc. Kami buat projek ni selepas ada sedikit masa terluang about 15 min dan saya pun sayang tengok warna2 yang lebih jadi kami buat apa yg cepat iaitu, cat satu warna untuk setiap botol. Saya paint nombor 1 hingga 10 sebagai salah satu learning process – berguna juga untuk pre-schooler nanti.

Nak tambah seronok, kami masukkan sedikit kacang hijau dalam botol supaya bila dibaling dan botol jatuh, keluarlah bunyi yang havoc sikit.. hehehehe. Satu lagi untuk jadikan botol tu sedikit berat, kalau senang sangat nak jatuh tak challenging lah pulak…

Untuk bola, terpulang. Boleh beli bola kat kedai je.. Kami tak ada bola jadi kami buat sendiri guna kertas surat khabar yang di balut berlapis2 plastic bag. Oh ya, kami letak  sebiji keratan paip  yg kami jumpa dalam kotak recycle kami dan masukkan dalam suratkhabar tu (masukkan kat tengah2 bola tu dan balut)  supaya bola tu berat dan mudah bergolek. Lepas tu tapekan saja plastic tu supaya membentuk bulat macam bola. Hiaslah bola tu, guna permanent marker.

Banyak yang kanak2 ni belajar masa buat project ni. Disebabkan project ni dibuat dalam masa 15 minute je, mereka perlu cepat fikirkan idea untuk jadikan permainan lebih menarik (i.e. tambah bunyi, pilihan warna) dan solve problem (macammana nak buat bola guna apa yang ada disekeliling, macammana nak jadikan bola tu berat).

Dah siap pun.. cikgu pun tumpang sekaki seronok bermain!!!

Bling Bling Eye Mask

Manik2 pelbagai warna memang mudah menarik minat kanak2, apalagi kalau digabungkan dengan bulu2 ayam!!! Bila keluarkan dua benda ni muka budak2 tu pun berubah jadi exited!

Projek kali ni mudah je, sesuai untuk anak2 pra sekolah. Hanya perlukan kertas kotak terpakai atau cardboard, gam, bulu ayam, manik pelbagai warna dan lidi sate.

Potongkan cardboard berbentuk rectangle, tebuk lubang untuk 2 mata. Lepas tu, sapukan gam yang banyak ke atas cardboard tersebut. Tuangkan manik2 ke dalam pinggan dan telangkupkan cardboard yang bergam tadi ke dalam pinggan. Tekan dan make sure banyak manik2 terlekat di cardboard. Lepas tu, bolehlah kemaskan manik2 yang terlekat tu, kalau patut ditambah, tambahlah supaya keseluruhan cardboard dipenuhi manik2.

Keringkan cardboard tadi supaya mudah untuk tampalkan bulu2 ayam disekelilingnya. Saya tak jumpa bulu ayam yang loose, yang ada cuma yang sudah dijadikan tali, jadi proses nak lekatkan tali tu agak susah untuk kanak2 pra-sekolah. Kalau guna bulu ayam yang loose lebih mudah kot….

Bila dah siap, tapekan lidi sate dibahagian tepi cardboard. Kami guna kertas kotak, jadi hanya perlu cucuk lidi sate tersebut.

Dah siap pun.. tengoklah budak2 ni bergaya…

 

PROGRAM ARTS & CRAFTS CUTI SEKOLAH NOV – DEC 2011

Cuti sekolah bakal tiba…  Kami di Art-venture Kids’ Studio tidak ketinggalan untuk memeriahkan cuti sekolah kali ini dengan pelbagai aktiviti arts & crafts cuti sekolah, khasnya untuk mereka yang berada di sekitar Alor Setar, Kedah!!

1. Drop In Arts & Crafts ( Choose, Pay & Stay)
 Tempat: Art-Venture Kids’ Studio (Bersebelahan TESCO Mergong)
Hari: Setiap Isnin Hingga Jumaat bermula dari 21hb Nov – 15hb Dec
Masa: Diantara 10.00 pagi hingga 1.00 tgh
Sessi: 1 1/2 jam 
Umur: 4 hingga 15 tahun
Aktiviti: Pelbagai
Yuran: Dari RM30 (mengikut aktiviti yang dipilih)
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut!
 
2. Holiday Special Class with Guest Artist (Canvas Nite Out)
Tempat: Art-Venture Kids’ Studio (Bersebelahan TESCO Mergong)
Hari: Setiap  Ahad, Isnin & Rabu
Masa: 8.00 malam hingga 10.00 malam
Sessi: 3 sessi (2 jam 1 sessi)
Umur: 10 hingga 18 tahun
Aktiviti: Basic canvas drawing & painting with acrylic
Yuran: RM120
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut!
 
3. Holiday Special Class with Guest Artist (Drawing Day Out)
Tempat: Art-Venture Kids’ Studio (Bersebelahan TESCO Mergong)
Hari: Setiap  Isnin, Selasa & Rabu
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang
Sessi: 3 sessi (2 jam 1 sessi)
Umur: 10 hingga 15 tahun
Aktiviti: Basic drawing technique
Yuran: RM90
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut!
 
Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran, sila hubungi: 
Tel: Pn Haniza 019-3371514
Email: artventurekids@gmail.com