Bowling for Beginner

School holiday is just around the corner!! I’ve got a mix reaction on this.. I’m a mother of 4 boys so I bet you can imagine why??? hehehehe..

Sebenarnya, since end of the year exam habis pun, saya dah mula busy cari aktiviti yang boleh mereka buat dirumah selain games and tv, games, games, tv..

This is something we prepared in the class dalam masa yang singkat. Puncanya, semasa buat art dan berborak dengan kanak2 ni saya tanya apa aktiviti mereka lepas habis exam. Seperti biasa, jawapannya sama – games and tv. So saya bagi cadangan untuk buat simple games yang boleh dibuat di rumah.

Bagus juga ada benda ni kat studio, as a motivation for them, sampai one time I need to sorokkan bowling nih sebab mereka tak sabar2 nak main.. hahahha!!! Now, after class, or kalau nak relaxkan muscle2 tangan mereka ataupun sementara nak tunggu parent datang pick up, they all boleh main bowling yang simple nih..

Apa yang diperlukan ialah 10 biji botol plastic – kalau boleh bentuk yg sama, acrylic paint, kacang hijau. Untuk bola boleh guna old newspaper, plastic bag dan tape.

Apa lagi, mulalah warnakan botol2 tu dengan pelbagai warna supaya nampak meriah. Perlu buat 2-3 kali coat supaya nampak rata. Kalau rajin, varnishlah botol2 tu.. in my case, tak sempat sebab budak2 dah tak sabar nak main. Masa mengecat botol tu, boleh buat pelbagai corak seperti polka dot ke, belang2 ke, stars etc. Kami buat projek ni selepas ada sedikit masa terluang about 15 min dan saya pun sayang tengok warna2 yang lebih jadi kami buat apa yg cepat iaitu, cat satu warna untuk setiap botol. Saya paint nombor 1 hingga 10 sebagai salah satu learning process – berguna juga untuk pre-schooler nanti.

Nak tambah seronok, kami masukkan sedikit kacang hijau dalam botol supaya bila dibaling dan botol jatuh, keluarlah bunyi yang havoc sikit.. hehehehe. Satu lagi untuk jadikan botol tu sedikit berat, kalau senang sangat nak jatuh tak challenging lah pulak…

Untuk bola, terpulang. Boleh beli bola kat kedai je.. Kami tak ada bola jadi kami buat sendiri guna kertas surat khabar yang di balut berlapis2 plastic bag. Oh ya, kami letak  sebiji keratan paip  yg kami jumpa dalam kotak recycle kami dan masukkan dalam suratkhabar tu (masukkan kat tengah2 bola tu dan balut)  supaya bola tu berat dan mudah bergolek. Lepas tu tapekan saja plastic tu supaya membentuk bulat macam bola. Hiaslah bola tu, guna permanent marker.

Banyak yang kanak2 ni belajar masa buat project ni. Disebabkan project ni dibuat dalam masa 15 minute je, mereka perlu cepat fikirkan idea untuk jadikan permainan lebih menarik (i.e. tambah bunyi, pilihan warna) dan solve problem (macammana nak buat bola guna apa yang ada disekeliling, macammana nak jadikan bola tu berat).

Dah siap pun.. cikgu pun tumpang sekaki seronok bermain!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s