Art-Venture Kids Studio in Harian Metro

Last week, we have been contacted by Aida from Harian Metro for a coverage kat ruangan Hati, bahagian famili. Thank you for the opportunity😉 . Nak mudah baca, boleh click kat link di bawah:

http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadaperkataan__8216_tidakcantik__8217_diucapkan/Article

BIDANG kesenian tidak hanya terhad bagi golongan dewasa untuk berkarya kerana kanak-kanak juga memiliki bakat dan kreativiti tersendiri mengikut daya imaginasi mereka.

Setiap kraf yang dihasilkan serta lukisan atau contengan si kecil itu lebih daripada sekadar kreativiti kerana itulah luahan isi hati mereka yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata.

Malah, boleh dikatakan setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita dan memiliki kesinambungan tersendiri hinggakan ia menjadikan seolah-olah seni dan kanak-kanak sangat rapat.

Mengambil langkah proaktif dalam memahami keinginan kanak-kanak yang berusaha untuk meluahkan daya kreativiti mereka tanpa mendapat halangan, kelas seni dan kraf Art-Venture Kids’ Studio (AVKS) mula ditubuhkan.

 Sungguhpun tidak memiliki asas dalam bidang kesenian, ia tidak menghalang pengasas AVKS, Nor Haniza A Ghafar, 37, menubuhkan sebuah tempat yang memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan kebolehan untuk meluahkan pendapat, emosi serta ketakutan dihadapi mereka dalam persekitaran yang selamat.
 Baginya, dapat melihat wajah kanak-kanak yang ceria selepas berjaya menghasilkan seni serta kraf hasil ciptaan dan usaha mereka sendiri sudah cukup memberikannya keyakinan untuk menjalankan aktiviti sebegini.

“Saya melihat seni dan kraf sebagai salah satu hobi yang positif untuk kanak-kanak kerana ia memberi peluang kepada mereka mencipta rekaan kreatif mengikut pemahaman tersendiri.

“Ia suatu aktiviti yang mudah, menyeronokkan, bersifat sejagat, pelbagai dan berevolusi serta boleh dibuat di mana saja dan pada bila-bila masa,” katanya.

Melalui kesenian juga boleh dimasukkan elemen pembelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains serta Pendidikan Islam dalam bentuk interaktif yang lebih menarik dan mampu menarik lebih perhatian daripada kanak-kanak terbabit. 

Nor Haniza berkata, idea untuk menubuhkan kelas seni dan kraf ini berdasarkan pengalaman sendiri apabila ‘terpaksa’ berhadapan kerenah anak-anak yang gemar membuat kerja tangan kreatif mereka di rumah.

“Boleh dikatakan adakalanya rumah bersepah terutama jika mula menghasilkan hasil seni yang pelbagai mengikut daya kreativiti tersendiri.

“Namun, bagi saya keadaan persekitaran di rumah adakalanya kurang sesuai untuk mereka menghasilkan seni kreatif kerana kurang peralatan bersesuaian, gangguan daripada adik-beradik serta ruang yang agak terhad,” katanya.

Disebabkan itu, timbul idea untuk menyediakan studio sendiri apabila anak boleh meluangkan masa mengasah bakat mereka dengan suasana yang lebih kondusif dan menggalakkan. 

Memasuki tahun pertama penubuhannya, kelas yang dijalankan di AVKS adalah lebih kepada konsep santai apabila kanak-kanak diberi peluang mencuba pelbagai teknik dan medium yang digemari mereka dalam penghasilan seni dan kraf.

“Tiada perkataan ‘tidak cantik’ yang akan diucapkan dalam kelas yang kami sediakan kerana apa yang penting bukanlah hasil akhir seni dan kraf terbabit, tetapi keseronokan yang dirasai kanak-kanak berkenaan sepanjang proses yang dilakukan untuk menyediakannya.

“Malah, saya memberi mereka kebebasan mutlak untuk meneroka dan menghasilkan idea seni dan kraf tersendiri sebagai contoh, melalui projek menghasilkan mangkuk daripada kertas. 

“Saya hanya akan menunjukkan cara membuat mangkuk itu, tapi cara untuk menghias�nya terpulang kepada idea sendiri dan ini memberikan lebih keseronokan kepada mereka,” katanya.

Di samping itu, selain membantu merangsang minda kanak-kanak, aktiviti sebegini secara tidak langsung berupaya meningkatkan kemahiran sosial sesama mereka. 

Melalui kelas yang diadakan, kanak-kanak belajar cara untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya, berkongsi peralatan, mengutarakan dan menerima pendapat orang lain selain membantu merehatkan minda selepas penat menumpukan perhatian pada bidang akademik sepanjang minggu.

Berpusat di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah dan kini sudah memasuki tahun pertama penubuhannya, kelas seni dan kraf di AVKS ini diadakan sekali pada setiap minggu. Ketika cuti sekolah pula, turut diadakan bengkel tambahan kepada mereka yang tidak berpeluang menyertainya secara bulanan.

Selain itu, Nor Haniza berkata, buat masa ini dia mengajar sendiri kanak-kanak terbabit, tetapi tetap menggunakan khidmat dua artis secara sambilan terutama untuk kelas dan bengkel seni dan kraf yang lebih khusus.

“Tidak dinafikan untuk melayani kerenah mereka yang pelbagai saya perlu bertindak kreatif, ada masanya saya pasangkan lagu kegemaran mereka supaya tak cepat bosan, melayan mereka bercerita kisah di sebalik hasil seni mereka serta bermain, makan dan minum.

“Untuk itu, mereka dipecah�kan kepada kumpulan kecil supaya lebih fokus dan saya juga boleh memberikan tunjuk ajar dengan lebih dekat tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Malah, Nor Haniza berkata, dia sering mengingatkan diri ‘kanak-kanak hanya ingin berseronok’ dan kehadiran mereka di AVKS juga untuk merasai kemeriahan yang sama. Disebabkan itu, dia cuba jadikan suasana pembelajaran di situ lebih menyeronokkan. 

Untuk perancangan masa hadapan pula, dia berharap mengembangkan lagi kelas aktiviti seni dan kraf kanak-kanak ini ke seluruh negara.

“Saya bercadang membuka beberapa cawangan sama ada melalui sistem francais atau secara berlesen di beberapa negeri lain kerana turut mendapat permintaan untuk konsep sebegini khasnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. 

“Ini bertujuan membolehkan setiap kanak-kanak mampu meluahkan daya kreativiti mereka pada tempat yang betul dan tidak ada orang boleh menilai apa yang mereka hasilkan itu ‘tidak cantik’,” katanya yang turut menyediakan laman web http://www.artventurekids.wordpress.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s