Alphabet & Numbers Arts

Masuk new year ni saya berazam nak update blog lebih kerap.. tapi awal2 lagi dah cukup busy dengan pembukaan branch Art-Venture Kids’ Studio di Kota Damansara, PJ Selangor. Tup tup dah masuk 20hb.. hape lagi.. hari ni ingat nak share seberapa banyak projects yang kami cuba di Art-Venture Kids’ Studio..

Awal2 persekolahan ni rasanya elok juga buat alphabet art especially untuk pre-school yang baru masuk tadika tu… tulah yang menariknya art & craft ni, boleh masukkan pelbagai element acadamic, social, religion etc secara halus so budak2 tak lah rasa macam kena duduk dalam kelas di sekolah lagi…

Macam2 style boleh cuba – kami buat dalam beberapa session. Paling mudah guna crayon – ajak mereka tulis huruf atau nombor pada kertas. Terpulanglah nak buat flash card atau printing atas sehelai kertas je. Lepas tu guna watercolor atau tempura untuk paint atas crayon yg ditulis  tadi.

Ada pulak yang terbalik... biasalah tu budak2..

Flashcard 1,2,3...

Satu lagi cara ialah menggunakan teknik collage. Sekarang dah ada macam2 alphabet & numbers jual kat kedai – stickers, foam, felt etc. Kami guna alphabet & number yang dibuat dari foam. Tampal je kat kertas. Boleh combine dengan projek lain. Contohnya, di Art-Venture Kids’ Studio, kami buat latar belakang gunakan hand print dulu. Baru nampak menarik, tertarik.. Kat studio, ada hasil seni yang lama2 tu saya guna jadikan background untuk budak2 tampal huruf2 tu..

Marini, 5 years

Emran, 5 years

Berlatar-belakangkan hand print

Berlatar-belakangkan straw blowing art

Antara projek lain, kami buat buku 1,2,3 menggunakan foam, felt, drawing etc.. senang je, tampal number kt satu page dan buat beberapa shape (guna paper, felt, wiggley eyes etc) dan lekat ikut jumlah kat page sebelahnya..  secara tak langsung boleh juga belajar tentang shape!

Emran bangga dengan self-made booknye.. heheh

First page - no 1 & square shape

Here comes the dragon

3 days to Chinese New Year! Hmmm… hopefully tak lambat sangat nak update our CNY project yang kami buat last week.Simple je.. inspired from the dragon year, buat apa lagi.. tentulah dragon kan? Apa yang diperlukan cuma kertas untuk melukis dan tampal,warna (anything – magic color, crayon etc) dan lidi sate.

Senang je nak buat puppet dragon ni.. lukiskan gambar kepala dragon dan ekor sisi tepi dan warnakan. Kalau agak2 susah untuk kanak2 bayangkan dragon tu, carilah gambar dari internet atau buku2 cerita sebagai contoh. Untuk budak2 pre-school bolehlah guna teknik tekap. Untuk yang lebih dewasa, saya suka tengok mereka berimaginasi tentang dragon masing2 walaupun tak perfect seperti teknik menekap. Gunting kepala dan ekor tadi.

Lepas tu, ambil kertas yang agak panjang untuk bahagian badan dragon dan lipatkan secara berlapis untuk buat kesan macam puppet dalam lion dance tu..  Kalau rajin boleh hiaskan badan tu dengan corak badan dragon. Tampal kepala dan ekor di badan yang berlipat lepat tu. Lepas tu tapekan lidi pada bekas lipatan yang dibuat – dalam 2 atau tiga dan satu untuk kepala dan ekor…

Dah siap.. bolehlah berdragon dance chinese new year ni… To those who celebrate Chinese New Year, Happy New Year from Art-Venture Kids’ Studio!!!