Masuk new year ni saya berazam nak update blog lebih kerap.. tapi awal2 lagi dah cukup busy dengan pembukaan branch Art-Venture Kids’ Studio di Kota Damansara, PJ Selangor. Tup tup dah masuk 20hb.. hape lagi.. hari ni ingat nak share seberapa banyak projects yang kami cuba di Art-Venture Kids’ Studio..
Awal2 persekolahan ni rasanya elok juga buat alphabet art especially untuk pre-school yang baru masuk tadika tu… tulah yang menariknya art & craft ni, boleh masukkan pelbagai element acadamic, social, religion etc secara halus so budak2 tak lah rasa macam kena duduk dalam kelas di sekolah lagi…
Macam2 style boleh cuba – kami buat dalam beberapa session. Paling mudah guna crayon – ajak mereka tulis huruf atau nombor pada kertas. Terpulanglah nak buat flash card atau printing atas sehelai kertas je. Lepas tu guna watercolor atau tempura untuk paint atas crayon yg ditulis tadi.
Satu lagi cara ialah menggunakan teknik collage. Sekarang dah ada macam2 alphabet & numbers jual kat kedai – stickers, foam, felt etc. Kami guna alphabet & number yang dibuat dari foam. Tampal je kat kertas. Boleh combine dengan projek lain. Contohnya, di Art-Venture Kids’ Studio, kami buat latar belakang gunakan hand print dulu. Baru nampak menarik, tertarik.. Kat studio, ada hasil seni yang lama2 tu saya guna jadikan background untuk budak2 tampal huruf2 tu..
Antara projek lain, kami buat buku 1,2,3 menggunakan foam, felt, drawing etc.. senang je, tampal number kt satu page dan buat beberapa shape (guna paper, felt, wiggley eyes etc) dan lekat ikut jumlah kat page sebelahnya.. secara tak langsung boleh juga belajar tentang shape!
Pingback: 6 ART & CRAFT MUDAH UNTUK KANAK_KANAK 4 TAHUN KE BAWAH | ART-VENTURE KIDS' STUDIO
Nice