Anaklah ayam….

Lama dah kami buat projek ni.. lupa dah sourcenya..

Memang kiutkan? Nampak mudah, tapi susah juga nak buat especially nak membalancekan kaki anak ayam nih.. hehehhe, so this craft lebih sesuai untuk 7 years and above, provided bab lekatkan kaki tu teachers/parentslah kena tolong..

Cuma perlukan cawan plastic atau kertas, kertas kotak, 2 batang straw minuman, acrylic, pva glue dan clear tape.

Mulakan dengan mengecat cawan menggunakan warna acrylic kuning. Sementara ia kering, buat bentuk kaki, paruh, mata, sayap, jambul dan tapak kaki anak ayam  – catkan samaada warna merah atau kuning, terpulanglah.. nak warna-warni pun tak pa..  ( teringat zaman kecik2 dulu arwah abah bawa balik anak2 ayam berwarna-warni… tak taula camna they all buat..)

Sementara tunggu bahagian badan kering, potong straw mengikut tinggi anak ayam yang dikehendaki dan catkan (jika perlu, buat 2 coat). Bila semua bahan dah kering, prosess mencantum bahagian badan pun bermula.. Gunakan pva glue untuk lekatkan mata. Untuk paruh, sayap dan jambul, kena guna clear tape. Part kaki ni yang susah sikit… Kena potong sikit hujung straw kepada 4 bahagian kecil dan lipatkan ke atas sikit (tengok gambar), lepas tu baru tapekan ke atas tapak kaki tadi.

Kalau nak betul2 stabil, boleh la gunakan glue gun… tapi kenalah orang dewasa yang buat ya! Last step, lekatkan straw tadi ke dalam bahagian dalam cawan, tapekan. Di sinilah kita kena perlu hati-hati – kena balance kedua2 kaki supaya anak ayam tu boleh berdiri..

Boleh variasikan lagi anak ayam ni.. kalau ada bulu ayam, bolehla ganti kertas kotak tu menjadi jambulnya. Kalau takde kertas kotak pun boleh guna kertas lukisan biasa jer, tapi untuk tapak kaki memang kena guna kertas yg tebal supaya stabil.

Selamat mencuba!!

Butterflies in the garden

I realized I rarely update on the drawing activities instead of craft. So here are some of the products using oil pastel, watercolor and pencil color as the medium. Untuk projek melukis taman ni, saya tambahkan rama-rama diperbuat dari kertas majalah, untuk menambah seri lukisan mereka…

Nak buat rama-rama ni senang je, gunting kertas majalah berwarna-warni menjadi bentuk segiempat sama. Buat 2 bahagian, yang besar sikit untuk kepak bahagian atas, kecik sikit untuk kepak bahagian bawah. Lipat dalam 1cm secara berlapis2 dari bucu ke bucu. Lepas tu lipat dua, jadi kepak kiri dan kanan. Step yang sama untuk kepak kecil. Lepas tu lekatkan kedua2 bahagian kepak. Kalau rajin carilah pipe cleaner, ikat di tengah untuk jadi sesungutnya.

Drawing using computer

Alhamdulillah, finally, today I manage to force myself to write… walaupun frust sikit sebab banyak photo projek2 yg dibuat hilang macam tu jer due to memory card problem..  membuatkan saya kurang semangat nak update blog;-(

Anyway, I think i just want to drop a note about drawing using a computer.. sadly, di Art-Venture Kids’ Studio, kami tak provide activity ni…  tapi kepada parents yg punya anak2 yg gemar melukis tu.. why not let your kids try melukis di computer..  rather than just main game or fb jer kan…

This is actually good for their hand.. yg saya perasan anak2 saya lebih mudah melukis di computer berbanding saya.. padahal baru berusia 5-6 tahun. Bila dah menigkat usia, tangan dah keras agaknya, rasa susah sangat nak melentur garisan hanya menggunakan jari!! Tapi untuk anak2 saya, mereka boleh melukis dengan cepat sekali!

Saya mula  beri mereka peluang melukis guna computer seawal umur 5-6 tahun. Bukan guna program canggih pun, cuma guna “paint” program je. Mula -mula setakat main-main guna warna, lines etc. Bila dah terror they all mula lukis comic character.. Kebanyakan lukisan mereka dilukis di computer lain, so saya tak de copy. But I managed to find one of my eldest’s  drawing back in 2007  just to give some ideas of what they can draw using simple “paint” program.

Try them out.. bila dah siap boleh print for them and let them use it as book cover.. mesti mereka bangga dan bersemangat nak practice untuk tajamkan lagi kemahiran mereka!

2007 - waktu ni Syauqi darjah 2. Cuma guna simple lines and colors.

This is his computer drawing using the same program just recently - now Syauqi dah Form 1.

This is the "Natsu" in pencil..

Another example by Irfan, time ni darjah 4.