Anaklah ayam….

Lama dah kami buat projek ni.. lupa dah sourcenya..

Memang kiutkan? Nampak mudah, tapi susah juga nak buat especially nak membalancekan kaki anak ayam nih.. hehehhe, so this craft lebih sesuai untuk 7 years and above, provided bab lekatkan kaki tu teachers/parentslah kena tolong..

Cuma perlukan cawan plastic atau kertas, kertas kotak, 2 batang straw minuman, acrylic, pva glue dan clear tape.

Mulakan dengan mengecat cawan menggunakan warna acrylic kuning. Sementara ia kering, buat bentuk kaki, paruh, mata, sayap, jambul dan tapak kaki anak ayam  – catkan samaada warna merah atau kuning, terpulanglah.. nak warna-warni pun tak pa..  ( teringat zaman kecik2 dulu arwah abah bawa balik anak2 ayam berwarna-warni… tak taula camna they all buat..)

Sementara tunggu bahagian badan kering, potong straw mengikut tinggi anak ayam yang dikehendaki dan catkan (jika perlu, buat 2 coat). Bila semua bahan dah kering, prosess mencantum bahagian badan pun bermula.. Gunakan pva glue untuk lekatkan mata. Untuk paruh, sayap dan jambul, kena guna clear tape. Part kaki ni yang susah sikit… Kena potong sikit hujung straw kepada 4 bahagian kecil dan lipatkan ke atas sikit (tengok gambar), lepas tu baru tapekan ke atas tapak kaki tadi.

Kalau nak betul2 stabil, boleh la gunakan glue gun… tapi kenalah orang dewasa yang buat ya! Last step, lekatkan straw tadi ke dalam bahagian dalam cawan, tapekan. Di sinilah kita kena perlu hati-hati – kena balance kedua2 kaki supaya anak ayam tu boleh berdiri..

Boleh variasikan lagi anak ayam ni.. kalau ada bulu ayam, bolehla ganti kertas kotak tu menjadi jambulnya. Kalau takde kertas kotak pun boleh guna kertas lukisan biasa jer, tapi untuk tapak kaki memang kena guna kertas yg tebal supaya stabil.

Selamat mencuba!!

2 thoughts on “Anaklah ayam….

  1. salam.tumpang tanya. mana nak cari cat untuk warnakan pada botol kaca atau gelas? dan apa jenis cat yg perlu guna?

    • Wassalam hidayah,

      Saya tak beli.. buat sendiri guna acrylic + pva glue. Yang tu untuk kids project la.. ada kedai yg jual arts material kat one utama new wing can’t remember the name, cuba cari kat situ, macam2 ada!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s