Jellyfish from plastic bag & bowl

Kat negara kita ni rasanya penggunaan plastic bowl ni sangat popular.. Kt rumah pun melambak2 plastic bowl tu.. nak buang sayang.. so I got this idea based on internet search. Kebanyakan project jellyfish ni guna mangkuk kertas, di sini, kita diversify sikit;-)

Just need mangkuk plastic, tali, plastic bag merah atau putih, pewarna makanan, gam, market pen atau wiggly eyes, pisau untuk menebuk lubang.

Mula2, adunkan gam dan pewarna makanan (saya guna warna pink) – resepi murah untuk mewarna glass atau plasticware. Lepastu, mula warnakan mangkuk plastic dibahagian luarnya je. Sementara tunggu kering, potong plastic bag jadi ekor jellyfish.  Bila mangkuk dah kering, gamkan ekor jellyfish disekeliling mangkuk plastic tadi. Tebuk lubang kat atas mangkuk untuk dimasukkan tali (orang dewasa yg buat ye…). Lepas tu, lukislah muka jellyfish tadi dengan marker pen.

Dah siap, bleh gantung tepi tingkap, atau buat banyak2 untuk jadikan jellyfish mobile!! Boleh guna mangkuk plastic yg kecik untuk anak2 jellyfish;-)

Marshmallow Structure

Semenjak dah ada wayang 3D nih, anak2 pre-school pun dah tau apa itu 3D. Bezanya 3D dalam artventure kids’ studio ni, tak payah ler pakai cermin mata 3D.. heheheh..

Marshmallow construction memang salah satu craft yg quite popular, sebab tersangatlah mudah nak dapatkan barang2nya. Hanya perlu marshmallow yg kecik2 dan lidi pencungkil gigi. (Penting – make sure beli marshmallow yang ada tanda HALAL ya!!).

Tapi, marshmallow kat sini boleh tahan gak mahal.. dah ler tu, semut banyak… so kekadang kami guna Plasticine, cuma plasticine ni berat so tak boleh guna banyak sangat. Other than that, di rumah saya pernah guna roti yang lebih2 tu…. ok juga… daripada buang macam tu je;-)