Fun Coloring Project – Scenery

Anak2 memang suka mewarna dengan pencil color.. tapi aktiviti ni boleh jadi boring juga kalau dibuat selalu, page yg nak diwarnakan pula besar, setengah jalan dah mula warna sambil lewa.

Saya suka gunakan teknik bermain untuk menarik perhatian anak2 menyiapkan task mereka. Jadi aktiviti tu taklah nanpak macam classroom style – kalau tak habis warna kena marah.

Kami cuba projek melukis pemandangan untuk anak2 pre-school. Untuk menggalakkan mereka melukis, kemudian mewarna hingga siap, saya katakan lukisan tu ialah untuk backdrop puppet “wonderpet”, kalau dah siap boleh main.

Barulah beriya2 nak habiskan mewarna. Paper puppet untuk wonderpet tu boleh dicari di website nickelodeon. Saya gunting dan mereka tampal di atas aiskrim stick. Lepas tu bolehla ajak mereka berlakon pulak…

Advertisements

Watercolor painting

the older kids at Art-Venture Kids’ Studio tried on watercolor painting. For intro, teacher Athirah tunjuk skillnyer mewarna.. memang namapk senang tapi ada teknik rupanya…

Teacher Athirah siap bawak buku zaman U nyer lagi.. hehehe.. saya pun tumpang belajar, for hobby i suppose, masih belum terlewat.. hehehe..

Rafflesia Papier Mache

Bunga Rafflesia ialah antara keunikan hutan hujan di Malaysia. Bagus juga dijadikan bahan untuk projek sebab selain dari buat art, kami terangkan sikit keunikan bunga terbesar di dunia ni!

Saya rasa bunga ni sesuai dibuat menggunakan teknik papier mache. Kalau tengok rancangan2 art & craft di tv sekarang, most of the time mereka guna teknik ni. Budak2 pun selalu minta buat papier mache macam dalam tv!

But what they don’t know is, papier mache takes hours to cut n paste.  Pulak tu, takes days to dry out!! Bila buat projek, part menampal tu mula2 ok, bila dah 15 min masih menampal lagi.. mulalah.. penat, boring, tangan kecut lah etc. Daripada carik2 kecil, ada yg at last tampal tisu paper sebesar2 tidak (talk about creativity!!!^&*$%#) Ada yang merungut apsal abang Qi  (art attack host) buat sekejap je dah boleh pakai!!! hhhmmmm…  nama pun budak2.. kelakar pulak tengok kerenah mereka ni.. Knowing that, kami buat projek ni in group, taklah boring sangat & cepat sket siap – boleh juga belajar bekerjasama!

Dan paling penting,  melalui project ni,  mereka belajar bersabar, berhati-hati untuk dapatkan best result.

Kami guna kertas kotak sebagai kelopak – adults kena tolong potong sebab kertas ni sangat tebal. Untuk yg kecil sikit kami guna cereal box sebagai kelopak. I think cereal box lagi bagus sebab mudah di lentur dan budak2 pun boleh tolong gunting. Bahagian tengah dihasilkan dari gumpalan suratkhabar, membentuk donut. Lepas tu lekatkan kelopak dengan gumpalan suratkhabar menggunakan duck tape.

Kami buat satu lapisan tape untuk menguatkan binaan bunga. Lepas tu baru buat lapisan papier mache menggunakan tisu paper.  Kena tunggu betul2 kering (1-2  hari) lepas tu barulah boleh mula mewarna.

Inilah hasilnya.. menarik kan!!

PROGRAM ART & CRAFT CUTI SEKOLAH

CALLING ALL PARENTS!!!

Kepada ibubapa yang masih tercari2 aktiviti untuk anak2 dimusim cuti sekolah akan datang, jom sertai aktiviti art & craft yang kami sediakan!! 

Cepat! Tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut dan urusan pendaftaran,  sila hubungi:

019-3371514 (Haniza for Kota Damansara & Alor Setar)

012- 3070397 (Aira for Kota Damansara)

Email: artventurekids@gmail.com

Workshop di KOTA DAMANSARA adalah seperti berikut: 

Workshop di ALOR SETAR adalah seperti berikut: 

For mom with love…

Sempena hari ibu this weekend, kami buat recycle craft  sebagai hadiah untuk para ibu. Apa lagi kalau bukan bunga?? kali ni kami buat dari bekas telur yang dipotong – terpulang nak membentuk tulips atau potong ikut kelopak bunga2 lain. Kemudian warnakan bahagian luar dan dalam. Boleh juga gamkan kertas warna atau kapas dibahagian dalam untuk hiasan. Tebukkan bahagian bawah bekas telur dan masukkan lidi atau straw minuman sebagai batang. Kalau sempat boleh tambahkan kertas hijau yang dipotong membentuk daun-daun.

Dah siap..;-)