Rafflesia Papier Mache

Bunga Rafflesia ialah antara keunikan hutan hujan di Malaysia. Bagus juga dijadikan bahan untuk projek sebab selain dari buat art, kami terangkan sikit keunikan bunga terbesar di dunia ni!

Saya rasa bunga ni sesuai dibuat menggunakan teknik papier mache. Kalau tengok rancangan2 art & craft di tv sekarang, most of the time mereka guna teknik ni. Budak2 pun selalu minta buat papier mache macam dalam tv!

But what they don’t know is, papier mache takes hours to cut n paste.  Pulak tu, takes days to dry out!! Bila buat projek, part menampal tu mula2 ok, bila dah 15 min masih menampal lagi.. mulalah.. penat, boring, tangan kecut lah etc. Daripada carik2 kecil, ada yg at last tampal tisu paper sebesar2 tidak (talk about creativity!!!^&*$%#) Ada yang merungut apsal abang Qi  (art attack host) buat sekejap je dah boleh pakai!!! hhhmmmm…  nama pun budak2.. kelakar pulak tengok kerenah mereka ni.. Knowing that, kami buat projek ni in group, taklah boring sangat & cepat sket siap – boleh juga belajar bekerjasama!

Dan paling penting,  melalui project ni,  mereka belajar bersabar, berhati-hati untuk dapatkan best result.

Kami guna kertas kotak sebagai kelopak – adults kena tolong potong sebab kertas ni sangat tebal. Untuk yg kecil sikit kami guna cereal box sebagai kelopak. I think cereal box lagi bagus sebab mudah di lentur dan budak2 pun boleh tolong gunting. Bahagian tengah dihasilkan dari gumpalan suratkhabar, membentuk donut. Lepas tu lekatkan kelopak dengan gumpalan suratkhabar menggunakan duck tape.

Kami buat satu lapisan tape untuk menguatkan binaan bunga. Lepas tu baru buat lapisan papier mache menggunakan tisu paper.  Kena tunggu betul2 kering (1-2  hari) lepas tu barulah boleh mula mewarna.

Inilah hasilnya.. menarik kan!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s