KURSUS ASAS MEMULAKAN KELAS SENI & KRAF KANAK-KANAK

Art & Craft Class for Kids (2)

5 tahun sudah, Art-Venture Kid’s Studio hanya projek suka- suka saya dan anak2 yang suka melukis dan membuat projek2 kraf yang kami tonton di tv dan internet. Masa tu baru pindah dari KL ke Alor Setar, baru berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa dan baru melahirkan anak yang ke empat… . Saya tak biasa duduk diam, jadi mulalah kembali kepada hobi lama masa belajar dulu. Tambahan pula anak2 memang suka sangat melukis dan cuba projek2 kraf dlm siri2 TV ketika tu.

Dipendekkan cerita.. dari situ saya dapat idea untuk buka art & craft kanak2.. yang menepati status muslim dan konsep belajar dan bermain yang saya terapkan pada anak2 bila mereka melukis dan mereka cipta.

Ia mungkin bukan projek juta juta tapi banyak membantu perbelanjaan keluarga.  Yang paling best, anak2 gembira dan saya pulak, rasa muda sentiasa sebab kembali ceria dan gila2 macam zaman kanak2 saya.. 😉

Kalau nak tahu lebih lanjut.. boleh hubungi saya di 019-3371514

Paper Craft Puppet for Reading Corner

Mood naik sekolah.. Cikgu2 & anak murid dah sibuk nak menghias kelas.. Cer cuba paper craft mudah ni.. Boleh letak kt reading corner kelas, ataupun letak kt sudut belajar anak2 di rumah..

Mudah sangat nak buatnya… cuma perlukan gam, tali & beberapa kertas warna warni – saya guna kertas size A4 yang tebal sikit supaya mudah nak membentuk.

Untuk bahagian badan, lipat sedikit bahagian atas kertas untuk membentuk rambut. Lepas tu, boleh lah bentuk rambut ikut stail masing- masing..

Sediakan bahagian kaki, tangan, mata dan mulut. Boleh juga gunakan teknik melukis dan mewarna untuk bahagian mata dan mulut. Untuk bahagian tangan dan kaki, potong kertas lebih kurang 2-3 cm lebar dan 15 cm panjang. Untuk bahagian kaki, lipatkan kertas berulang-ulang untuk memberi effect “spring”. Kemudian, lekatkan bahagian tangan dan kaki ke badan pupet.

Untuk buku pula, kami wajibkan anak2 Art-Venture Kid’s Studio melukis dan mewarna buku mereka ikut citarasa sendiri.. Dah siap boleh lekatkan buku ke tangan puppet dan ikat tali di bahagian atas puppet…

Mudah kan??

book2

book3