Puffy Sea Creature

Banyak sebenarnya projek projek yang tak di update.. kami di Art-Venture Kids’ Studio sentiasa come out dengan project dan tema yang baru sebab budak2 ni naturenya suka benda2 baru..

Yang ni projek menjahit yang simple untuk budak budak umur 12 ke bawah..  Untuk budak2 ni, kita kena pre cut felt dulu, jadi tak lah mereka pening kepala nak mengukur, memotong etc.

5-IMG-20131215-WA0063

4-IMG-20131215-WA00591-puffy sea creature

 

 

 

Advertisements

Rafflesia Papier Mache

Bunga Rafflesia ialah antara keunikan hutan hujan di Malaysia. Bagus juga dijadikan bahan untuk projek sebab selain dari buat art, kami terangkan sikit keunikan bunga terbesar di dunia ni!

Saya rasa bunga ni sesuai dibuat menggunakan teknik papier mache. Kalau tengok rancangan2 art & craft di tv sekarang, most of the time mereka guna teknik ni. Budak2 pun selalu minta buat papier mache macam dalam tv!

But what they don’t know is, papier mache takes hours to cut n paste.  Pulak tu, takes days to dry out!! Bila buat projek, part menampal tu mula2 ok, bila dah 15 min masih menampal lagi.. mulalah.. penat, boring, tangan kecut lah etc. Daripada carik2 kecil, ada yg at last tampal tisu paper sebesar2 tidak (talk about creativity!!!^&*$%#) Ada yang merungut apsal abang Qi  (art attack host) buat sekejap je dah boleh pakai!!! hhhmmmm…  nama pun budak2.. kelakar pulak tengok kerenah mereka ni.. Knowing that, kami buat projek ni in group, taklah boring sangat & cepat sket siap – boleh juga belajar bekerjasama!

Dan paling penting,  melalui project ni,  mereka belajar bersabar, berhati-hati untuk dapatkan best result.

Kami guna kertas kotak sebagai kelopak – adults kena tolong potong sebab kertas ni sangat tebal. Untuk yg kecil sikit kami guna cereal box sebagai kelopak. I think cereal box lagi bagus sebab mudah di lentur dan budak2 pun boleh tolong gunting. Bahagian tengah dihasilkan dari gumpalan suratkhabar, membentuk donut. Lepas tu lekatkan kelopak dengan gumpalan suratkhabar menggunakan duck tape.

Kami buat satu lapisan tape untuk menguatkan binaan bunga. Lepas tu baru buat lapisan papier mache menggunakan tisu paper.  Kena tunggu betul2 kering (1-2  hari) lepas tu barulah boleh mula mewarna.

Inilah hasilnya.. menarik kan!!

Marshmallow Structure

Semenjak dah ada wayang 3D nih, anak2 pre-school pun dah tau apa itu 3D. Bezanya 3D dalam artventure kids’ studio ni, tak payah ler pakai cermin mata 3D.. heheheh..

Marshmallow construction memang salah satu craft yg quite popular, sebab tersangatlah mudah nak dapatkan barang2nya. Hanya perlu marshmallow yg kecik2 dan lidi pencungkil gigi. (Penting – make sure beli marshmallow yang ada tanda HALAL ya!!).

Tapi, marshmallow kat sini boleh tahan gak mahal.. dah ler tu, semut banyak… so kekadang kami guna Plasticine, cuma plasticine ni berat so tak boleh guna banyak sangat. Other than that, di rumah saya pernah guna roti yang lebih2 tu…. ok juga… daripada buang macam tu je;-)