Oil pastel project

Simple lines and oil pastels! – 2 idea ni dah boleh create arts yg cantik untuk isi dinding rumah yang kosong…

1-coloring - oil pastel

Advertisements

Abstract – Marbling

Ada pelbagai cara nak buat marbling effect. Kali ni di Art-Venture Kids’ Studio kami guna cara paling menarik untuk kanak-kanak, dengan menggunakan shaving foam instead of just water.

Apa yang diperlukan ialah shaving foam, color water, lidi dan paper… Semburkan shaving foam dalam dulang, letak  beberapa titik color water, lepas tu mulalah mengacau dengan lidi untuk buat corak. Letak kertas ke atas bancuhan tadi – perlahan je, tak perlu tekan dan  buangkan lebihan buih di atas kertas tadi dengan menggunakan pembaris.. dapatlah corak2 menarik macam di bawah ni..

Memang seronok bermain buih.. rasanya nilah abstract yang paling digemari setakat ni… lihat pelbagai warna bergabung, bertukar jadi warna2 baru dengan buih dan bau yang segar!!! Simple tapi menyeronokkan!!!

Get Abstract with String

This is just another project I did back in my school time! Dah lebih 25 tahun but still fresh in my mind.. I wonder why kids nowaday no longer learn all these during their school time?? mungkin sekolah menengah agaknyee… but this one is sooo easy, so i tried with kids aged 9.

Abstract art yang simple2 macam ni biasanya kami buat selepas main project dah siap. That’s another uniqueness about Art-Venture Kids’ Studio – the one session is not necessarily means just one project. Bila ada masa terluang saya suka galakkan kanak2 ni create something simple out of things yang ada di sekeliling studio.

This time, we found some string, so sting art we did! Hanya ambil string  – masa saya kecik dulu, guna benang biasa, tapi kat studio cuma ada benang crochet. Lepas tu, rendamkan benag dalam watercolor, letak atas drawing paper yg dilipat dua, lepas tu tekan paper dan tarik string keluar… senang jer.. and believe me kids loveeee something yg ada surprise element – mereka teruja nak tengok bentuk yg terjadi hasil dari macam2 gaya tarikan ciptaan mereka!!!

Bubble Art

Saya suka main buih sabun… gelembung bulat, cantik berkilat…”

Ini lagu standard bila main sabun masa kecik2 dulu 😉

Siapa yang tak suka main buih sabun, angkat tangan???

Hehehe.. budak2 manala yang tak suka main buih sabun kan..  Apa kata bila mereka main buih sabun ni, kita isi element art sikit by using bubble to create abstract art. Cuma perlukan straw, water color atau food coloring dan sabun pencuci pinggan.

Tiup campuran tadi  menggunakan straw ke atas kertas and have fun!!

p/s: It would be more fun if you let them be themselves a little bit.. tapi paham-pahamlah extra work yang kita kena buat lepas budak2 ni main bubble especially bila bubble tu berwarna warni… arrgghhhh

lantai studio selepas budak2 ni tiup bubble melepasi had kertas lukisan...

Simple Abstract – Straw Blowing

Satu lagi simple abstract yang wajib dicuba ialah menggunakan teknik tiupan straw! I don’t think I need to explain more! Just enjoy hasil kerja budak2 4 -5 tahun ni.. not bad for first timers!

Setelah berbincang, budak2 ni bersatu hati namakan projek ni “firework” hehehe..

Simple Abstract Using Paint

Few weeks ago saya cuba explore simple abstract dengan preschoolers ( 4-6 years). Paling mudah tapi penuh keseronokan – dengan menggunakan paint dan teknik lipatan kertas. I bet semua orang pernah buat benda ni… rasanya inilah benda yang first sekali saya belajar bila dikenalkan dengan water colour!!

Yang buat projek ni seronok ialah the surprise element yang ada bila tiba masa nak buka lipatan dan tengok hasilnya.. Semua come up with their own interpretation apa yang they all nampak pada lukisan tu.. and believe me.. they are amazing!! ada benda yang saya tak nampak tapi budak2 ni boleh nampak sekali tengok je… Macam2 – burung pakai cerminmata, dua ekor rusa, transformer, clown, katak, princess dancing, elephant… the list goes on….

Be prepared.. budak2 bila dah keluar macam2 idea tu.. sibuk nak mempertahankan idea siapa yang betul.. hehehe…

p/s : kami tambah wiggly eyes pada abstract yang nampak macam haiwan – just to add more fun!!