Plaster Modelling

Hari ni saya nak kongsi tentang plaster modelling yang kami buat dalam kelas January lepas. Kalau nak cari kat kedai art supply, nama dalam English ialah – “Plaster of Paris” – saya tak pasti pulak samaada benda ni sama macam plaster yang dijual kat kedai hardware, tapi nampak macam sama..

Sebenarnya ada banyak jenis modelling paste yang digunakan – tanah liat, playdough dan sebagainya, tapi kali ni kami cuba guna plaster powder, sebab dengan cara ni model paling cepat kering, memandangkan kami nak buat coloring dalam session yang sama. Plaster ni ambik masa dalam 5-15 minit je nak kering (ikut kelikatan dan saiz), jemur kt matahari lagi cepat. Kalau guna playdough, tanah liat dan lain-lain tu, kena bakar atau jemur yang ambik masa berhari juga nak keras.

Cara nak mix up plaster ni, senang jer.. macam buat cekodok (Jemput2 kata orang Johor.. ). Ambil air lepas tu letak plaster sikit demi sikit hingga bancuhan agak likat. Kalau cair, model akan jadi kurang mampat dan lambat kering dan sebaliknyalah. Make sure bancuhan tu smooth je, tak bergentil.

Dah siap bolehlah masuk dalam acuan yang disukai. Kami guna acuan plastic  yang saya beli kat kedai art supply. Kalau tak de kedai art supply, cari jer acuan2 kat kedai baking supply, pun boleh guna. Tak pun, boleh guna acuan ice cube, bahulu ke.. ape2 yang adelah kat dapur tu..

Lepas dah siap, warnakan je dengan acrylic dan layerkan dengan varnish sebagai finishing. Kalau tak de, poster color pun boleh tapi bila guna poster color tu, comot sikit nak varnish sebab warna dia akan terkeluar sikit. Yang ikan dan bunga kat atas nih kami gamkan magnet kat belakang tu dan jadilah fridge magnet.

Takpun, bila dah kering boleh tebuk lubang (drill) untuk letak tali dan sangkutlah kat memana. Hati-hati sebab plaster nih agak fragile, kalau terlangar sikit, jatuh sikit dah melecet. But overall, it’s fun and messy.. hehe. Lepas tu penatlah sikit nak bersihkan tools yang dah melekat dengan plaster tu, tapi itu sikit je.. hilang penat ¬†bila tengok anak2 sangat teruja dan bangga dengan hasil kerja mereka!!