Salt Dough – Part 2

Lamanya tak update blog.. bila bercuti mood menulis pun hilang!! Liat betul nak start menulis, padahal dah banyak aktiviti yang kami buat lepas cuti sekolah ni!.. Tunggu punya tunggu, dah masuk bulan April.

Lepas buat salt dough hari tu, kami gunakan bentuk2 yang dah dibuat untuk diabadikan dalam wood plate sebagai signage yang boleh diletak kat pintu atau dinding.

So, kami proceed dengan process mewarna. Kami guna acrylic supaya warna tak keluar bila apply varnish. Mula2 warnakan wood plate dulu, saya suruh budak2 ni buat 4-5 garisan, ikut they all-lah maacammana nak gayakan, lepas tu warnakan tiap2 bahagian dengan warna yang digemari. Kemudian warnakan huruf2 dan bentuk-benutk yang dah dibuat.

Bila dah kering dan divarnish, lekatkan huruf2 dan bentuk2 yang dah diwarnakan guna pva glue.  Tu je… semua exited bila tengok plate dengan nama masing-masing!!

Sebenarnya ada banyak lagi projek2 kecil guna salt dough nih. contohnya, alphabet brooch pin – cuma lekatkan pin kat belakang huruf , kalau nak buat fridge mangnet, lekatkan magnet kat belakang dough tu. Satu lagi saya buat hiasan pada gelang tangan (kena buat lubang sebelum keraskan dough). Seronok bermain dengan salt dough ni… cubalah di rumah, murah dan mudah!!

 

Advertisements

Salt Dough – Part 1

Ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, bila mak buat karipap, donut kita mesti teringiiiiiiin sangat nak join sebelah tangan.. nak menguli & nak try buat macam-macam dengan doh tu kan.. Yang mak kita pun bising bising tak bagi kacau, tangan kotor ler, membazir, tak cantik ler tah tape lagi ler alasannya… last-last dapatlah yang dah lebih lebih tu kan… itu pun dah seronok!!

Kali ni saya nak bagi peluang kat budak-budak ni main puas-puas dengan doh!! Tapi bukan buat kuih, buat salt dough yang bila dah keras, nampak macam batu pun ada!

Salt Dough, a.k.a ” Doh Garam”  simply means doh yang diperbuat dari garam. Saya suka gunakan salt dough nih sebab tangan tak rasa berminyak macam guna plasticine dan yang paling penting, ianya murah dan menyeronokkan!!

Yang tak syioknya, saya tak dapat nak snap lebih2 gambar time budak-budak ni main dengan dough mereka sebab tangan penuh dengan tepung, so apa yang sempat jelah..

Mereka excited betul bila di beri peluang buat sendiri dough tu from scratch, sebab salt dough ni terlalu simple, hanya perlukan garam, tepung dan air, bolehlah they all uli sendiri. Cuma untuk mereka, saya buat adunan kecik sikit, senang they all nak uli. Resepinya:

1 cawan garam halus

2 cawan tepung

3/4 cawan air

Untuk anak-anak, saya kecilkan adunan jadi 1/2 cawan garam, 1 cawan tepung dan 1/4 cawan air.

Campur semua bahan dan mulalah menguli. Untuk projek kali ni saya mulakan dengan konsep menekap sebagai pengenalan kepada bentuk 2 dimensi. Untuk tu, kena ada roller dan cookie cutter – atau acuan. Saya guna acuan huruf dan acuan yang simple2 je – bunga, rama-rama dan macam-macam lagilah. Lepas tu suruhlah mereka buat acuan nama mereka – secara tak langsung boleh ajar mereka mengenal huruf & mengeja.

Bila mereka dah puas bermain dengan acuan, galakkan anak-anak buat sesuatu mengikut daya imaginasi mereka. Sebagai contoh – dari dough tu boleh buat bentuk binatang, rumah, barang mainan seperti kereta, bola dan macam-macam lagi, tapi masih dalam bentuk 2 dimensi. Kalau mereka belum penat lagi bolehlah buat bentuk 3 dimensi, tapi untuk kelas kali ni kami buat 2 dimensi dulu 🙂

Bila dah siap – dough2 ni kenalah dibakar dalam oven supaya keras – ikut bentuk, kalau dough tebal dan besar, lamalah sikit. Saya bakar pada suhu 130′ C, untuk huruf2 tu saya ambik masa 20 – 30 minit, sampai betul-betul keras macam batu2 kat tepi pantai tulah – sebab dough ni dibuat dari garamkan! Boleh juga jemur bawah matahari tapi ambil masa berhari juga nak keras.

pan, huruf & pelbagai bentuk yang dah siap dibakar
Bentuk bebas – burung (Ikhwan – 7 thn)
Yang ni cikgu punya hasil tangan.. saja nak tumpang sekaki..

Setakat tu dulu.. next class kami akan warnakan dough yang dah kering ni.. boleh jadi macam-macam tau!! tak sabar nak tunggu next class! Kat bawah ni contoh dough yang dah siap diwarnakan dan divarnish. Sebagai contoh, yang bawah ni acuan tapak tangan Irsyad ~ 2 tahun 1 bulan, saya ambik acuan ni masa dia tengah tidur… hehehe!!

Plaster Modelling

Hari ni saya nak kongsi tentang plaster modelling yang kami buat dalam kelas January lepas. Kalau nak cari kat kedai art supply, nama dalam English ialah – “Plaster of Paris” – saya tak pasti pulak samaada benda ni sama macam plaster yang dijual kat kedai hardware, tapi nampak macam sama..

Sebenarnya ada banyak jenis modelling paste yang digunakan – tanah liat, playdough dan sebagainya, tapi kali ni kami cuba guna plaster powder, sebab dengan cara ni model paling cepat kering, memandangkan kami nak buat coloring dalam session yang sama. Plaster ni ambik masa dalam 5-15 minit je nak kering (ikut kelikatan dan saiz), jemur kt matahari lagi cepat. Kalau guna playdough, tanah liat dan lain-lain tu, kena bakar atau jemur yang ambik masa berhari juga nak keras.

Cara nak mix up plaster ni, senang jer.. macam buat cekodok (Jemput2 kata orang Johor.. ). Ambil air lepas tu letak plaster sikit demi sikit hingga bancuhan agak likat. Kalau cair, model akan jadi kurang mampat dan lambat kering dan sebaliknyalah. Make sure bancuhan tu smooth je, tak bergentil.

Dah siap bolehlah masuk dalam acuan yang disukai. Kami guna acuan plastic  yang saya beli kat kedai art supply. Kalau tak de kedai art supply, cari jer acuan2 kat kedai baking supply, pun boleh guna. Tak pun, boleh guna acuan ice cube, bahulu ke.. ape2 yang adelah kat dapur tu..

Lepas dah siap, warnakan je dengan acrylic dan layerkan dengan varnish sebagai finishing. Kalau tak de, poster color pun boleh tapi bila guna poster color tu, comot sikit nak varnish sebab warna dia akan terkeluar sikit. Yang ikan dan bunga kat atas nih kami gamkan magnet kat belakang tu dan jadilah fridge magnet.

Takpun, bila dah kering boleh tebuk lubang (drill) untuk letak tali dan sangkutlah kat memana. Hati-hati sebab plaster nih agak fragile, kalau terlangar sikit, jatuh sikit dah melecet. But overall, it’s fun and messy.. hehe. Lepas tu penatlah sikit nak bersihkan tools yang dah melekat dengan plaster tu, tapi itu sikit je.. hilang penat  bila tengok anak2 sangat teruja dan bangga dengan hasil kerja mereka!!