Stencil on paper

Ohhhhhh.. sekejapnya terasa cuti sekolah kali ni. Hajat nak menulis awal terbantut, busy membaca all sorts of theories n news about MH370 šŸ˜¦

Rasanya pernah sekali cerita tentang stencil nih.. but on t-shirt. Kali ni.. stencil mudah on paper. Sesuai untuk budak baru belajar.. Boleh guna paper keras atau plastik lutsinar yg selalu kita guna untuk letak kt muka depan folio tu..

Carilah ape2 corak or drawing yg berkenan, tekap then potong guna pisau yg tajam. Tape stencil pada kertas, lepas tu guna sponge (kecik jer) with watercolor dan mula mewarna satu per satu bahagian.

Hati-hati.. makeĀ sureĀ warna pekat utk elakkan warna terkeluar dari celah2 stencil..

Stencil -Art-Venture Kids' Studio

Advertisements