Thumb-print Art

Teknik mewarna dan menggambar menggunakan jari dan tangan bukanlah sesuatu yang baru. Teknik ni mudah dan sesuai untuk kanak2 yang baru mula belajar mewarna. Ia juga bagus untuk motoric system kerana ia melatih kanak-kanak mengawal pergerakan tangan mereka. Thumb-print art boleh dibuat di atas kertas, dan lain-lain media dan kalau kena gaya nampak comel.

Pasu bunga hasil thumb-print teknik ni dibuat oleh kanak2 berusia 7 tahun. Mulakan dengan beberapa contoh di atas kertas, tanya anak2 apa yang boleh ditokok tambah dengan hanya menggunakan thumb-print dan pencil warna, water color atau pen dan pensil. Hasilnya – pasu bermotif bunga ditaman, dengan lebah2 berterbangan!

Banyak lagi yang boleh dihasillkan menngunakan thumb-print art – cuba carterpillar (ulat bulu) atau sebagai jalan dan lorong, buah-buahan, muka atau gunakan sebagai corak berulang macam yang kami lakukan untuk huruf “e” ni.

Advertisements