Mix Media Canvas

Salam to all readers,

Ramai juga yg tanya tentang school holiday class esp mix media canvas – what’s it’s all about. I find this project very interesting sebab jarang anak2 didedahkan dengan mix media  dan melukis atas canvas. Plus, mereka ada banyak idea untuk explore, mix and match whatever material yg diberi.. they are full of curiosity while adults ada banyak restriction.

Ini antara contoh mix media canvas yg dibuat pada cuti sekolah lepas – just to give some idea…

 

 

Mmmbeekkk

Masih belum terlewat nak ucap Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua pembaca;-)

I guess this project boleh relate dengan Hari Raya Qurban yang baru selesai, walaupun actually dah lama kami buat di studio..

Untuk projek ni mulakan dengan mengajak mereka melukis scenery sebagai latar belakang.. suka hati nak guna material apa untuk mewarna.  Lepas tu, ambil kertas lain, lukis bentuk kambing biri2 dan potong. Tampalkan kapas untuk 2D effect… dah tu tampal je kat lukisan scenery yg dah siap diwarnakan tadi.. siap dah..

This is quite easy for toddler too bagus untuk mengajar mereka tentang deria rasa.. infact kalau tak nak lekat kt lukisan pun boleh.. can serve as puppet instead;-)

 

 

 

 

NOV & DEC 2012 SCHOOL HOLIDAY PROGRAMS

Hi all!!

Here’s our Nov-Dec 2012 school holiday programs for your kids!

Many times, during the classes some of the kids mistakenly call me mama, ibu, mummy.. So I guess this time, I include some sessions where mommies can learn some simple arts & tips to make your kids busy at home!!

And yup!! with moms getting messy together??? They’ll think that you are THE COOLEST MOM IN THE WORLD;-)

Oh ya… light refreshment juga disediakan..

Semua material disediakan, so just come, learn & have fun!!

 


Teddy bear drawing

I seldom update about drawing activities, coz I have to admit, most of the kids enjoy craft more than drawing.. lagi pun the coloring part agak memenatkan, kadang2 satu jam tak cukup untuk mereka menyiapkan drawing dengan baik, esp the finishing part.. so to motivate them , we always try new ideas.. jadi class taklah super boring dan memenatkan and this is just another attempt. I think it works!!

For drawing session, we brought some real teddy bears for them to draw. As long as ada benda yg digelar “TOYS” tentulah mata mereka  terbuka.. so that day.. senang jer nak mintak mereka melukis dan mewarna;-) FUN!!

Row row row your boat..

Wow!! Pejam celik.. dah nak raya aidiladha!! Sekejapnya terasa.. dan blog ni terbiar since Ramadhan!! Tak patut betull!!
Let me just update certain activities, and I think this one is quite fun to do:

All you need is a plastic bottle, paper, lidi sate, 2 batang aiskrim, gam, gunting, acrylic and just anything to decorate the boat.

Lukis bahagian yang hendak ditebuk dengan marker pen dan gunting – suggest to be done by parent. Yg dah besar boleh buat sendiri. Kami warnakan botol masing2 supaya nampak menarik. Kemudian tampalkan 2 batang aiskrim dibawah boat tadi supaya bila dilayarkan dalam air taklah terbalik. Jika ada masa, hiaskan boat dengan pelbagai cara samaada nak buat painting atau tampalan. Lepas tu tebuk sedikit hujung bahagian atas boat dan masukkan lidi yg dah ditampal dengan kertas sebagai layar- boleh guna kertas biasa atau kertas ringan seperti transparent plastic wrap.

Lepas tu, untuk menerapkan sedikit element drawing, mereka diajak melukis paper puppet – diri sendiri atau bersama family untuk diletak dalam boat tadi..Dah siap..

Kami cuba penuhkan air dalam bekas besar, tambah pewarna biru supaya air nampak macam laut.. dan cuba melayarkan boat2 kami.. Itulah kelainan di Art-Venture Kids ‘ Studio.. for us, art bukan barang yg hanya boleh dipamer atas rak dan tunggu dipuji.. apa yg penting keseronokan buat something with your own bare hand.. itu yg buat kanak2 seronok dan bangga!!

3D GARDEN PROJECT

Lamanya tak berkongsi ideas.. kesuntukan masa yang amat… keadaan  kesihatan pun tak berapa baik, tapi alhamdulillah, cuti rehat ni harap dapat saya guna untuk update blog….

This is among the favorite projects  in Art-Venture Kids’ Studio!!  3D garden.. hanya dengan kertas, pencungkil gigi, tape, acrylic dan styrofoam board, dan beberapa accessori tambahan (ikut apa yg ada disekeliling) , kanak2 ni dah boleh jadi pereka taman!!

Basically, dapatkan styrofoam board dan diwarnakan hijau sebagai rumput. Lepas tu, warnakan pula jalan raya. Sementara board kering, warnakan kertas untuk dibuat pokok, kalau tak pun guna kertas warna hijau. Potong kertas membentuk pokok dan tapekan di pencungkil gigi. Susun pokok2 membentuk taman seperti dalam gambar. Tambah lain-lain item, seperti rumah, kereta, bunga, pagar, etc – guna kreativiti masing2 samaada lukis dan potong atau guna pipe cleaner, gabus2 kecil, cardboard, potong gambar yg sedia ada.. macam2 caralah…

Tengoklah budak2 ni macam2 ada, ada alien, rumah, pokok dah tumbang, kerusi taman, etc.. memang FUN!!!!

 

PROGRAM ART & CRAFT CUTI SEKOLAH

CALLING ALL PARENTS!!!

Kepada ibubapa yang masih tercari2 aktiviti untuk anak2 dimusim cuti sekolah akan datang, jom sertai aktiviti art & craft yang kami sediakan!! 

Cepat! Tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut dan urusan pendaftaran,  sila hubungi:

019-3371514 (Haniza for Kota Damansara & Alor Setar)

012- 3070397 (Aira for Kota Damansara)

Email: artventurekids@gmail.com

Workshop di KOTA DAMANSARA adalah seperti berikut: 

Workshop di ALOR SETAR adalah seperti berikut: 

Jom Pancing Ikan!

Satu lagi craft dari Art-Venture Kids’ Studio yang disumbangkan kepada segment Ratu – Berita Harian minggu ini…

Yang ni, bukan anak-anak je yang leka main, parents pun boleh join sekali… ketika di studio, memang havoc macam pesta memancing, sampai nak angkat muka berposing pun tak sempat!

  • Di studio, kami guna kotak pizza untuk dijadikan kolam. Lagi best guna kolam yang dah terisi bola2, campak je ikan-ikan untuk dipancing..
  • Buatlah bentuk ikan tu banyak-banyak dan mulakan pertandingan memancing dengan anak-anak. Kalau rajin boleh letakkan pelbagai benda lain didalam kolam seperti bola atau lain-lain mainan supaya lebih challenge sikit nak dapat ikan.
  • Kalau suka boleh letakkan markah di badan ikan atau ikut warna – contoh ikan merah 50 markah, ikan biru 10 markah, siapa paling banyak markah dia menang.
  • Permainan ni tak banyak rule.. cuma dilarang menggunakan tangan untuk mengumpan ikan dan dilarang memancing ikan yang sudah berada di pancing lawan… eheehehehe..

Have fun!!

PROGRAM ARTS & CRAFTS CUTI SEKOLAH NOV – DEC 2011

Cuti sekolah bakal tiba…  Kami di Art-venture Kids’ Studio tidak ketinggalan untuk memeriahkan cuti sekolah kali ini dengan pelbagai aktiviti arts & crafts cuti sekolah, khasnya untuk mereka yang berada di sekitar Alor Setar, Kedah!!

1. Drop In Arts & Crafts ( Choose, Pay & Stay)
 Tempat: Art-Venture Kids’ Studio (Bersebelahan TESCO Mergong)
Hari: Setiap Isnin Hingga Jumaat bermula dari 21hb Nov – 15hb Dec
Masa: Diantara 10.00 pagi hingga 1.00 tgh
Sessi: 1 1/2 jam 
Umur: 4 hingga 15 tahun
Aktiviti: Pelbagai
Yuran: Dari RM30 (mengikut aktiviti yang dipilih)
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut!
 
2. Holiday Special Class with Guest Artist (Canvas Nite Out)
Tempat: Art-Venture Kids’ Studio (Bersebelahan TESCO Mergong)
Hari: Setiap  Ahad, Isnin & Rabu
Masa: 8.00 malam hingga 10.00 malam
Sessi: 3 sessi (2 jam 1 sessi)
Umur: 10 hingga 18 tahun
Aktiviti: Basic canvas drawing & painting with acrylic
Yuran: RM120
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut!
 
3. Holiday Special Class with Guest Artist (Drawing Day Out)
Tempat: Art-Venture Kids’ Studio (Bersebelahan TESCO Mergong)
Hari: Setiap  Isnin, Selasa & Rabu
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang
Sessi: 3 sessi (2 jam 1 sessi)
Umur: 10 hingga 15 tahun
Aktiviti: Basic drawing technique
Yuran: RM90
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut!
 
Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran, sila hubungi: 
Tel: Pn Haniza 019-3371514
Email: artventurekids@gmail.com