BERKREATIF SAMBIL BERMAIN

Lumrah kanak-kanak memang suka bermain! Begitulah cara mereka belajar dan mempraktikkan apa yang diajar dalam kelas, buku dan pemerhatian mereka. Sebab itu juga di Art-Venture Kids’ Studio, saya suka buat projek-projek yang membolehkan anak-anak anak menggunakan hasil seni mereka untuk tujuan bermain. Mereka lebih teruja begitu. Apabila di sebut “Lepas ni kita boleh main… ” mereka pun tak sabar-sabar nak buat projek, siapkan cantik-cantik daaaaan MAIN!!! Hehheee

10 AKTIVITI ART & CRAFT CUTI SEKOLAH

Banyak sangat aktiviti berkreatif sambil bermain di Art-Venture Kids’ Studio. Jom tengok 5 entri yang lepas-lepas! Saya share link di bawah ya….

Selamat mencuba

PENGUIN KESEJUKAN

KEMBARA SI PENYU

SUPERHERO

JOM RONDA-RONDA

MR. ROBOT

 

 

 

 

Advertisements

Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah 2015 (Johor Bahru)

Cuti Sekolah kembali lagi! Jom sertai kami di School Holiday Workshop cuti sekolah akan datang ni. Dibawah ini jadual kelas untuk Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah di Johor Bahru:

Macammana nak daftar??

wa saja atau sms kami di sessi pilihan, nama dan umur anak ke:

013-751 0602 atau 019-3371514

Dibawah ni contoh nak register Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah:

JB CLASS
ROCK GARDEN & DIY CLOCK
Irsyad Safwan 6 thn
Ikhwan Syafiq 11 thn

Cepat-cepat daftar sebab tempat terhad kepada 20 orang per class sahaja!

‪#‎BengkelCutiSekolahDec2015‬

SCHOOL HOLIDAY WORKSHOP

ART-VENTURE KIDS’ STUDIO DI HARI PENGGUNA MALAYSIA 2015

Thank you to KPDNKK kerana sudi menjemput Art-Venture Kids’ Studio untuk sam-sama memeriahkan Hari Pengguna 2015 di Dataran Merdeka hujung minggu yang lepas.

Kali ini kami share recycle craft yang mudah dibuat. Hanya gunakan botol terpakai, kertas tisu berwarna warni (kertas lutsinar bukan tisu biasa), dawai, lin dan gam. Botol lilin yg dihias dengan kertas tisu ni sesuai dijadikan hiasan taman!

12189158_10153556547962870_1723291301580415496_n

 

12063809_10153556548027870_4660574538383295995_n

 

 

11026195_10153556548412870_4103486849449679576_n

11220483_10153556548187870_47224134771780638_n

12074651_10153556548217870_5040859916583636530_n

 

12187799_10153556548122870_6067588902076465344_n

 

12106783_10153556548057870_7416938510754911894_n

 

12049474_10153556548532870_1163513504813552611_n

12049310_10153556548287870_8331003149391086203_n

12046915_10153556548352870_1795920641528112766_n

SILAP BUAT!!!! MACAMMANA NI MAMA…

Anak-anak selalunya cepat demotivated bila buat silapkan? Silap dalam kehidupan pun boleh diperbaiki, inikan pula kalau buat art & craft..

Bila anak-anak Art-Venture Kids’ Studio sedih sebab silap melukis, mewarna atau silap buat satu-satu steps, kami suka bagitau anak-anak ni.. Jom kita buat MAGIC!!!

Jangan cepat marah atau buang bila anak-anak buat silap dalam art & craft. Kesilapan yang dibuat ada masanya boleh menjadikan mereka lebih kreatif dengan mencari jalan memperbaiki artwork tersebut.

Kalau tak boleh padam, cuba lain-lain cara seperti,

– potong dan buang bahagian yang salah

– buat lapisan cat yang baru atau guna marker

– tampal baru

– inovasikan kesilapan dan buat idea baru dari situ

Dengan cara ni, anak-anak pun belajar supaya tak cepat patah semangat dan faham yang setiap kesilapan tu masih ada ruang untuk diperbetulkan..

mistakes

8 ROBOT KRAF YANG COOOOL

CYMERA_20151002_120606Lama tak cuba robot kraf dengan anak-anak. Semalam kami buat robot kraf ni bersama. Dari petang sampai ke malam anak-anak masih tak jemu bermain dengan robot mereka. Macam-macam version yang mereka buat! Penat melayan kerenah tapi puas hati dapat mengembirakan mereka!!

Untuk kali ini kami pilih projek recycle robot dengan menggunakan kotak terpakai, penutup botol, plastik, kertas warna dan apa saja yang ada di rumah. Oh ya.. anda juga boleh gunakan mainan anak-anak yang dah bercerai berai tu, dan gunakan ia sebagai hiasan pada robot.

Projek ni kena buat bersama dengan orang dewasa sebab ia menggunakan banyak material 3D yang harus dilekatkan menggunakan glue gun. Kalau tak nak guna glue gun, bolehlah menghias mengunakan kertas, foam, felt, button dan lain-lain material yang mudah lekat.

Banyak lagi yang kami buat.. seronok sangat bermain, Ikhwan & Irsyad cuba pulak robot kraf yang lain…

Robot masih tidooo

CYMERA_20151002_092301

Okey.. power on!

CYMERA_20151002_093546

Robot Mask

CYMERA_20151002_100151

Guna pakai barang mainan terbuang!

CYMERA_20151002_100328

Lukis dan tampal untuk skrin robot

CYMERA_20151002_095835

Robot ni ada bilik rahsia dalam badannya!

Banyak lagi robot kraf yang boleh anda cuba. Dibawah ni antara favorite  kami! Boleh klik pada projek untuk ke link asal. Have Fun!!!!

1

1. TOPENG ROBOT ni mesti anak-anak suka!! Buat lubang pada paper bag untuk bahagian muka dan bahu. Kemudian, lekatkan aluminium foil ke atas topeng dan hiaskan. Tapi ingat, hanya material yang ringan je ya, sebab topeng ni dibuat dari paper bag. Kalau gunakan material yang berat, dikhuatiri koyak pula topeng tu nanti.

2. Idea ROBOT PHOTOBOOTH ni menarik juga tau!. Sesuai untuk parti harijadi bertemakan robot. Hanya perlukan kertas kotak yang besar dan tinggi (saiz kanak-kanak) dan dibentuk seperti robot. Tebuk ruang untuk muka supaya anak-anak boleh bergambar. Apalagi.. bergambar sakan anak-anak nanti!

3. ROBOT COSTUME ni nampak gah bukan? Percaya tak, ia hanya memerlukan 2 kotak yang besar untuk memuatkan badan dan kepala! Ukur dulu sebelum buat tau…

4. Di meja makan pun boleh buat craft kan. Marshmallow dimakan begitu sahaja memang cepat habis. Jom buat ROBOT MARSHMALLOW dengan menggunakan gula-gula jelly, biskut, sprinkle dan lain-lain hiasan yang mudah didapati di kedai-kedai membuat kek. Comel juga kalau dibuat untuk majlis harijadi anak-anak!

5. ROBOT PUPPET ni comel aje, sebab kaki dan tangannya boleh digerak-gerakkan. Rahsianya, ialah menggunakan “split pin” yang boleh didapati di kedai alat tulis.

6. 3D ROBOT gunakan kaedah balutan. Kotak-kotak terpakai di balut dengan kertas warna dan dihias. Saya suka konsep tangan spring tu. Comel!

7. WOW!!! Uniknya bila si comel pakai ROBOT VEST ni kan? Kalau mereka yang reka sendiri, tambah berbunga hati mereka menggayakannya.. Mudah je nak membuatnya. Cuma perlukan paper bag yang besar dan beberapa alatan melukis seperti marker pen, crayon dan apa saja material yang anda rasa sesuai untuk dijadikan elemen pada robot vest anda. Susun ikut kreativiti dan imej yang disukai.

8. Pelbagai barangan terpakai di sekitar rumah boleh digunakan untuk membuat ROBOT DARI BAHAN TERBUANG ni. Projek sebegini perlukan pertolongan orang dewasa kerana penggunaan pisau, glue gun dan lain-lain material yang agak sukar untuk kanak-kanak mengendalikannya sendirian.

SEKITAR BENGKEL “LET’S GET MESSY” JUN 2015

Alahai.. bercinta nak update gambar.. hehehe. Sebenarnya gambar2 banyak yang kami dah update dalam fb page kami iaitu

https://www.facebook.com/Artventurekids. Tapi kami share juga di sini buat pembaca blog yang setia. Gambar-gambar dari bengkel cuti sekolah Jun lepas di JB yang sold ouuut!! Memang best bengkel kali ni, bercucuk tanam pun ada, makan-makan pun ada..Insyaallah, cuti akan datang kita jumpa lagi!!!

muffin cupflying garden1 flying garden birdcage aiskrim aiskrim1 aiskrim2

Art-Venture Kid’s di Kelas Kraf Remaja Y Centre

Assalamualaikum semua…

Cuti Sekolah datang lagi…. walaupun singkat.. make sure anak2 isi masa terluang dengan aktiviti santai dan berfaedah…

Untuk remaja di sekitar Alor Setar boleh temui Art-Venture Kids’ Studio di KELAS KRAF REMAJA Y CENTRE. Ada 3 aktiviti berlainan menggunakan pelbagai teknik dan material… dan yang pentingnya.. it’s all FREE!!!

KELAS KRAF REMAJA Y CENTRE

Tarikh: 20 Mac 2015

Masa: 9pg – 5 ptg

Tempat: Y Centre UTC Kedah

Umur : 15 – 18 tahun

Peserta: 30 orang sahaja

Yuran: PERCUMA

Jangan lepaskan peluang ya adik-adik.. terhad kepada 30 orang saja tau.. siapa cepat dia dapat!!

Call Y Centre UTC Kedah di 04-736 0131 sekarang juga!!!

Y Centre, UTC

OLYMPIC CRAFTS

Okay… memang tajuknya nampak macam salah je…. We’ve done this project for father’s day actually – it’s a father’s day trophy. Biasalah, saya lambat nak update.. hehehe.

Anyway, since kat sekolah sekarang busy with hari sukan, plus Olympic pun nak start, perhaps you could use this idea for those themes instead;-)

Cuma perlukan 2 biji cawan plastic, kertas or asbestos, foam board, acrylic, cardboard. Lekatkan  2 bahagian bawah cawan, membentuk trophy dan cat mengikut warna kegemaran. Lukis tangkai trophy di atas cardboard, potong dan warnakan. Buat lubang di kiri kanan trophy dan selitkan tangkai trophy – gam untuk lebih kukuh. Lekatkan bahagian bawah trophy ke atas foam board berbentuk segiempat sama. Lepas tu boleh lah hiaskan menggunakan pelbagai cara – nak tampal bling2 ke, lukis etc.

Have fun!!!

Image

Image