Choco Craft Workshop

Cuti sekolah dah habisss… cepatnya terasa masa berjalan. Alhamdulillah.. cuti sekolah kali ni Art-Venture Kids’ Studio di jemput lagi untuk memeriahkan Choco Craft Workshop di Smartreader Kids Sri Kembangan.

Terima kasih kami ucapkan kepada pelbagai pihak yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk berkongsi ilmu dan keseronokan bersama anak-anak syurga anda. Insyaallah, pengalaman kami hampir 6 tahun di bidang ini tidak akan kami sia-siakan.

Masih banyak ruang untuk di perbaiki dalam bidang ini. Kraf dan aktiviti anak-anak juga perlukan inovasi. Insyaallah, kami berjanji akan sentiasa berusah memberikan yang terbaik kepada anak-anak anda!!!

CRAFT MUDAH – PUPPET HAIWAN MINI

★ Bekas telur
★ Cat poster atau acrylic
★ Felt atau kertas warna
★ Gam
★ Wiggly eyes

1. Potong bekas telur membentuk bahagian badan dan kertas warna sebagai kaki dan paruh

2. Warnakan bekas telur dengan warna hitam untuk penguin. Biarkan kering. Jika menggunakan cat poster, tinggalkan bahagian tengah untuk diwarnakan putih.

3. Warnakan putih pada bahagian tengah badan penguin.

4. Lekatkan kaki, paruh dan mata penguin.

5. Buat pelbagai haiwan mini lain dengan konsep yang sama, seperti burung, penyu dan lain-lain.

Selamat mencuba!!!

5421_1154908967853710_5722113160411836889_n

12814406_1154908924520381_6954947295156076522_n

12524261_1154908667853740_2802992276710726971_n

12670944_1154908717853735_4477127790623758529_n

12804753_1154908771187063_2387944492462287828_n

12814800_1154908824520391_6836339552516404022_n

9863_1154908871187053_6481561185412052593_n

12794452_1154908894520384_6576512511796937644_n

BERKREATIF SAMBIL BERMAIN

Lumrah kanak-kanak memang suka bermain! Begitulah cara mereka belajar dan mempraktikkan apa yang diajar dalam kelas, buku dan pemerhatian mereka. Sebab itu juga di Art-Venture Kids’ Studio, saya suka buat projek-projek yang membolehkan anak-anak anak menggunakan hasil seni mereka untuk tujuan bermain. Mereka lebih teruja begitu. Apabila di sebut “Lepas ni kita boleh main… ” mereka pun tak sabar-sabar nak buat projek, siapkan cantik-cantik daaaaan MAIN!!! Hehheee

10 AKTIVITI ART & CRAFT CUTI SEKOLAH

Banyak sangat aktiviti berkreatif sambil bermain di Art-Venture Kids’ Studio. Jom tengok 5 entri yang lepas-lepas! Saya share link di bawah ya….

Selamat mencuba

PENGUIN KESEJUKAN

KEMBARA SI PENYU

SUPERHERO

JOM RONDA-RONDA

MR. ROBOT

 

 

 

 

Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah 2015 (Johor Bahru)

Cuti Sekolah kembali lagi! Jom sertai kami di School Holiday Workshop cuti sekolah akan datang ni. Dibawah ini jadual kelas untuk Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah di Johor Bahru:

Macammana nak daftar??

wa saja atau sms kami di sessi pilihan, nama dan umur anak ke:

013-751 0602 atau 019-3371514

Dibawah ni contoh nak register Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah:

JB CLASS
ROCK GARDEN & DIY CLOCK
Irsyad Safwan 6 thn
Ikhwan Syafiq 11 thn

Cepat-cepat daftar sebab tempat terhad kepada 20 orang per class sahaja!

‪#‎BengkelCutiSekolahDec2015‬

SCHOOL HOLIDAY WORKSHOP

6 ART & CRAFT MUDAH UNTUK KANAK_KANAK 4 TAHUN KE BAWAH

6 aktiviti art & CRAFT mudah untuk bayi

Ramai yang bertanya tentang apakah art & craft yang sesuai dengan kanak-kanak bawah umur 4 tahun?

Umur begini memang tak banyak teknik art & craft yang boleh digunakan tetapi, kalau kita pandai mix & match, Insyaallah, anak-anak akan sentiasa teruja dengan setiap projek yang dilakukan!

Saya kongsikan antara yang pernah kami buat di studio.

  1. Alphabet & Numbers Art
  2. Potato Printing
  3. My Book 
  4. Hand Print
  5. Worm in Your Apple
  6. Cotton Sheep

 

 

 

 

MINI ROCKS GARDEN

Stone painting ni macam-macam style boleh buat tau. Selain sesaja nak main kaler-kaler, projek stone painting boleh buat hiasan taman mini macam yang kami buat di studio ni! Mudah aje.. hanya perlukan batu bersaiz sederhana kecil, pasir, pasu kecil dan paling penting kena guna cat acrylic ya! Bila dah siap cat batu-batu tu dengna pelbagai stail dan corak, tanamkan batu dalam pasu berisi pasir2 putih.lepas tu boleh cari ornament kecil dan hias sekitar pasu. Cantikkan??

stone3 stone2

stone1

SEKITAR BENGKEL “LET’S GET MESSY” JUN 2015

Alahai.. bercinta nak update gambar.. hehehe. Sebenarnya gambar2 banyak yang kami dah update dalam fb page kami iaitu

https://www.facebook.com/Artventurekids. Tapi kami share juga di sini buat pembaca blog yang setia. Gambar-gambar dari bengkel cuti sekolah Jun lepas di JB yang sold ouuut!! Memang best bengkel kali ni, bercucuk tanam pun ada, makan-makan pun ada..Insyaallah, cuti akan datang kita jumpa lagi!!!

muffin cupflying garden1 flying garden birdcage aiskrim aiskrim1 aiskrim2

Art-Venture Kid’s di Kelas Kraf Remaja Y Centre

Assalamualaikum semua…

Cuti Sekolah datang lagi…. walaupun singkat.. make sure anak2 isi masa terluang dengan aktiviti santai dan berfaedah…

Untuk remaja di sekitar Alor Setar boleh temui Art-Venture Kids’ Studio di KELAS KRAF REMAJA Y CENTRE. Ada 3 aktiviti berlainan menggunakan pelbagai teknik dan material… dan yang pentingnya.. it’s all FREE!!!

KELAS KRAF REMAJA Y CENTRE

Tarikh: 20 Mac 2015

Masa: 9pg – 5 ptg

Tempat: Y Centre UTC Kedah

Umur : 15 – 18 tahun

Peserta: 30 orang sahaja

Yuran: PERCUMA

Jangan lepaskan peluang ya adik-adik.. terhad kepada 30 orang saja tau.. siapa cepat dia dapat!!

Call Y Centre UTC Kedah di 04-736 0131 sekarang juga!!!

Y Centre, UTC

ALOR SETAR SCHOOL HOLIDAY WORKSHOP 2014

Registration untuk Art & Craft Workshop di Mergong, Alor Setar sempena cuti sekolah dah dibuka!! Macam2 aktiviti disediakan mengikut tema. This time anda boleh pilih sesi 1 1/2jam atau 3 jam, bermula pukul 10.00 pagi.

Nak tau lebih lanjut, boleh wa/call:

Haniza 019-3371514 or Athirah 012-4234203

p/s: Buat masa ni kami keluarkan jadual November dulu..kami akan berpindah premis Dec ni, once everything settle, Insyaallah kami akan war2kan jadual class untuk DECEMBER nanti! Tungguuuu…..

Art & Craft (2)

Class Schedule – updates

Dear all…

We’ve updated our class schedule for both branches. Should you have special request for a particular group session,  just ring us for available time and date.

Contact: Haniza @ 019-3371514

Email: artventurekids@gmail.com

Please click here for KOTA DAMANSARA class schedule

Please click here for ALOR SETAR class schedule