Kad Katak 2D Yang Comel

Jom cuba buat kraf katak yang kiut ni. Kombinasi teknik kolaj, watercollor & oil pastel.

Untuk anak-anak kecil, parents boleh tolong gunting dan biarkan mereka menampal dan mewarna. Selain katak, kami pernah buat teknik yang sama untuk haiwan-haiwan lain seperti ayam dan ikan.

Cubalah!

CYMERA_20151010_135612

Comel tak saya!!! Tengoklah aksi saya yang hebat menangkap serangga!

CYMERA_20151010_134822

Lipat 2 kertas warna dan lukis separuh bahagian katak dan mulutnya seperti di atas. Lukis mata di kertas yang lain. Potong mengikut lakaran. (Gambar dari sisi belakang)

CYMERA_20151010_134537

Pada bahagian mulut yang dipotong, lipat seperti dalam gambar. (Gambar dari sisi belakang)

CYMERA_20151010_134936

Tolak bahagian yang dilipat ke depan. (Gambar dari belakang)

CYMERA_20151010_135105

Beginilah rupanya dilihat dari sisi hadapan.

CYMERA_20151010_135222

Tampal mata katak seperti di atas.

CYMERA_20151010_135355

Tampal katak ke atas kertas lukisan yang siap di warnakan. Jangan lupa hias dulu kad dengan gambar daun dan lain-lain elemen menarik.

CYMERA_20151010_135512

Ini contoh kad yang dah siap. Gambar daun dilukis sebelum menampal katak. lebah, katak dan bunga guna teknik kolaj. Jangan lupa tampalkan lidah dalam mulut katak dan biarkan ia terjulur keluar sedikit.

CYMERA_20151010_135808

Yang ni pula muka hadapan kad katak. Ikut suka nak hias macammana.

Advertisements

Mix Media Canvas

Salam to all readers,

Ramai juga yg tanya tentang school holiday class esp mix media canvas – what’s it’s all about. I find this project very interesting sebab jarang anak2 didedahkan dengan mix media  dan melukis atas canvas. Plus, mereka ada banyak idea untuk explore, mix and match whatever material yg diberi.. they are full of curiosity while adults ada banyak restriction.

Ini antara contoh mix media canvas yg dibuat pada cuti sekolah lepas – just to give some idea…

 

 

Mmmbeekkk

Masih belum terlewat nak ucap Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua pembaca;-)

I guess this project boleh relate dengan Hari Raya Qurban yang baru selesai, walaupun actually dah lama kami buat di studio..

Untuk projek ni mulakan dengan mengajak mereka melukis scenery sebagai latar belakang.. suka hati nak guna material apa untuk mewarna.  Lepas tu, ambil kertas lain, lukis bentuk kambing biri2 dan potong. Tampalkan kapas untuk 2D effect… dah tu tampal je kat lukisan scenery yg dah siap diwarnakan tadi.. siap dah..

This is quite easy for toddler too bagus untuk mengajar mereka tentang deria rasa.. infact kalau tak nak lekat kt lukisan pun boleh.. can serve as puppet instead;-)

 

 

 

 

T Shirt Painting & Stencil

Aktiviti T- shirt painting ni memerlukan kesabaran sebab paint yang digunakan agak pekat. Walaupun bentuk yang diwarnakan nampak mudah, tapi ambil masa dan kena lebih teliti sebab kena minimizekan kesalahan… jadi aktiviti ni di buat untuk mereka yang dah berpengalaman buat painting. Kalau di Art-Venture Kids’ Studio, kami buat dengan mereka yang berumur 9 tahun ke atas.

Just lukiskan bentuk yang nak diwarnakan di tengah2 t-shirt, bahagian bawah tu jangan lupa dialas dengan cardboard. Make sure permukaan t-shirt tu tegang dan rata. Kalau nak buat border, boleh gunakan tape supaya tak mewarna diluar kawasan.

Alyaa & Hazirah

Selain dari painting, stencil is another technique we tried in Art-Venture Kids’ Studio. Cuma perlu lukiskan gambar yang nak distencil tu guna kertas keras atau beli stencil yang dah siap je kat kedai. Make sure permukaan rata & tegang. Tapekan stencil supaya tak bergerak2. Lepas tu boleh guna sponge atau brush untuk ratakan warna diatas t-shirt. Processnya lebih kurang jer dengan painting, cuma lebih mudah sebab cat tak mudah terkeluar dari kawasan yang nak diwarnakan…

Amin & Ikhwan menggunakan teknik stencil

Bangga dengan t-shirt masing-masing..