Water Color Painting

Menggunakan water color, walaupun menyeronokkan, adakala membuatkan kanak-kanak frustrated bila hasilnya tidak memuaskan. Keseronokan nak cuba sesuatu yang baru kadang2 membuatkan mereka tidak berhati2 semasa gunakan water color.

Untuk pengenalan, saya selalu syorkan mereka menggunakan crayon untuk membuat garisan tepi subjek yang nak diwarnakan, supaya kita boleh minimizekan kesilapan mewarna diluar kawasan. Perkara kedua saya selalu tekankan ialah make sure, warna yang bersebelahan dengan kawasan yang nak diwarnakan tu kering, kalau tak pun warnakan bahagian yang berjauhan dulu untuk elakkan masaalah warna bercampur. Satu lagi kesilapan yang sering dilakukan ialah tidak membasuh brush sebelum menukar warna.

Apa pun painting memang memerlukan practise. So untuk yang ibu-ibu dirumah tu, apa kata belikan anak anda water color sebagai alternatif untuk mewarna coloring book mereka? Kalau bimbang bersepah, lakukan diluar rumah – tapi perlulah pengawasan orang dewasa..

Amin Arief - 7

Najlaa - 7

Ikhwan - 7

Rumah dari Kotak Terpakai

Sebelum ni saya pernah tulis tentang line drawing yang menggunakan rumah sebagai subject. That is considered as 2D, so yang ini ialah versi rumah in 3D.

Mudah je, gunakan mana2 kotak, salah satu dari lidnya kita gunakan sebagai bumbung. Kalau lid tak cukup tinggi untuk buat bumbung, gunalah seperate cardboard, bentukkan mengikut lebar kotak dan lipat dua seperti bentuk bumbung. Tampalkan bumbung dengan menggunakan tape.

Lepas tu tapekan kesemua bahagian kotak supaya semua bahagian nampak kemas dan mempunyai base yang sama. Kalau suka boleh juga buat satu lapisan warna putih atau gesso. Terpulanglah samaada nak guna watercolor atau acrylic. Untuk lebih kemas, kami paint kotak tu dengan 2-3 lapisan, tapi tunggu setiap lapisan kering sebelum buat buat lapisan baru. Kalau guna acrylic lepas tu boleh apply varnish untuk nampak berkilat.

Untuk kanak2 4 tahun, aktiviti buat rumah ni lebih berasakan taping & painting. Untuk tingkap, saya potongkan lebihan cardboard kepada bentuk 4 segi dan mereka tampal je, sebab kanak2 4 tahun ni kalau painting masih banyak keluar line. Nak lukis gambar tingkap, buatlah titik2 dan suruh mereka sambungkan satu titik ke titik lain supaya garisan yang mereka lukis tu taklah ke laut 😉 Kalau rajin, potong pintu guna pisau, kalau tak, tampal jelah…

Walaubagaimanapun, untuk kanak2 5-7 tahun, saya lebih suka kalau mereka buat sendiri gambar tingkap dan pintu. Walaupun rupanya tak sekemas yang dipotong dan tampal, inilah salah satu cara untuk mereka berlatih melukis dan merealisasikan lukisan mereka kepada 3D object.

BENGKEL ART & CRAFT CUTI SEKOLAH

Next week dah pun cuti sekolah. Anak-anak pun dah habis mid year exam. Cuti sekolah ni kalau tak ada rancangan untuk anak-anak, apakata join Art-Venture Kids’ Studio punya program – Bengkel Seni & Kraf Cuti Sekolah. Setidak-tidaknya ada juga kepelbagaian dalam aktiviti cuti sekolah mereka kan…

Di bawah ni saya sertakan jadual class. For more info, please do not hesitate to call me at 019-3371514. Happy Holiday Kids!!