Sunflower Paper Plate

Ohhh.. I just have to write this right away after the class coz these flower girls are just too cute!!! Heheeee..

These girls are just 4 years olds. So the project is quite simple. Untuk kanak2 yang dah sekolah, maybe boleh variasikan kelopak bunga dengan mengunakan pelbagai cara dan bahan2 lain.

Bahan utama project ni ialah kertas. Mula-mula warnakan pinggan kertas depan dan belakang dengan warna kuning. Keringkan, kemudian potong tepi2nya untuk dijadikan kelopak bunga. Untuk bahagian tengah bunga, crumple kertas warna hitam seakan akan bulat dan lekatkan ditengah bunga. Bahagian batang juga dibuat dari kertas, tapi gunakan kertas warna hijau yang agak keras (80gsm) bersaiz A3. Gulungkan memanjang dan lekatkan belakang bunga tadi.

Ohh.. jangan lupa letakkan butterfly atau lebah sebagai hiasan.. Kami tak sempat nak buat guna kertas so guna yang ready made butterfly jer…