Throwback 2016

Aduhai! Penyakit M kalau dah datang alamat bersaranglah website ni. Namun jangan salah sangka tau. Kami masih aktif berbengkel dan beraktiviti di mana saja diperlukan.. tahun lepas kami akhiri dengan bengkel bersama Perpustakaan Awam Pasir Gudang dan bengkel yang kami anjurkan di Skudai. Maaf sangat tak update sebelum kelas kerana pre-book dah penuh sampai tak boleh nak iklankan kekosongan! 

Ribuan terima kasih buat anda semua yang selalu menyokong kami. untuk updates terkini, boleh juga ke Fb pages kami di

 https://www.facebook.com/Artventurekidsstudio/

KURSUS ASAS MEMULAKAN KELAS SENI & KRAF KANAK-KANAK – SIRI 2

Art & Craft Class for Kids

Salam semua…

KURSUS ASAS MEMULAKAN KELAS SENI & KRAF KANAK-KANAK  bakal diadakan lagi untuk siri kedua.

Kali ni kami buat di Sg Petani, Kedah bagi memenuhi permintaan mereka yang minta di adakan di sekitar utara.. Orang Perak, Penang, Kedah & Perlis boleh join kelas kali ni.. tapi mereka dari area lain boleh je join..

Tarikh : Ahad 3hb Mei 2015

Masa : 8.30pagi – 5.00petang

Tempat: Sungai Petani, Kedah (akan diberitahu)

Yuran: RM320 seorang

 Siapa yang perlu hadir?

  1. Mereka yang suka & sabar melayan keletah anak2, meminati seni dan kraf, mahu mencari pendapatan tambahan melalui hobi seni & kraf
  2. Mereka yang mencari peluang perniagaan sambilan yang fleksible, modal yang kecil, mudah diselenggara dan berisiko rendah
  3. Pemilik tadika/taska/pusat tuisyen/pusat perkembangan kanak2 yang mencari “value –added” program untuk pusat perniagaan anda

Apa yang anda akan pelajari:

  1. Product planning – product packaging, pricing, etc
  2. Planning & organizing the studio/art room
  3. Marketing plans
  4. Stocks supplies
  5. Administration & Classroom management
  6. Basic idea on how to develop lesson plan

Sedia untuk dibimbing sebab proses pembelajaran ini Insyaallah tidak akan berhenti selepas habis kursus sahaja, tapi akan berterusan hingga kelas pertama anda bermula.. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di 019-3371514 (Pn. Haniza)