Recycle craft – Caterpillar from egg-carton

Saya suka tengok kanak2 kecil  berumur 6 tahun ke bawah buat art dan craft. Mereka ni jarang buat perbandingan sesama kawan, tak seperti kanak2 yang dah bersekolah. They all akan buat je projek ikut imaginasi sendiri, cantik ke tidak belakang kira. Interpretasi mereka juga lain. Saya pernah tanya Karl yang berusia 3 tahun:

Saya: Ulat suka makan apa?

Karl: Makan durian….

Saya: Hahahaha.. betul jugaa…..

Memang kadang2 kita yang dewasa tak terfikir tentang jawapan yang mereka beri ni.. tapi memang betul pun, jawapannya jujur, apa yang dia nampak itu yang dia jawab!!

Gambar di atas ni ialah Umairah, Izzah & Tasnim dengan projek caterpillar mereka. Projek ulat dari bekas telur ni mudah je, hanya potongkan bekas telur tu ikut alurnya lepas tu suruh anak2 warnakan menggunakan poster color atau tempera. Kat bahagian depan tu buatlah muka – mata, mulut hidung dan letakkan sesungut dari dawai kecil (kalau ada). Lepas tu saya ajak mereka lukis daun dan kami buat role play – ulat yang sedang seronok makan daun yang besar dan hijau!!

Yum, yum, yum……

Advertisements