Throwback 2016

Aduhai! Penyakit M kalau dah datang alamat bersaranglah website ni. Namun jangan salah sangka tau. Kami masih aktif berbengkel dan beraktiviti di mana saja diperlukan.. tahun lepas kami akhiri dengan bengkel bersama Perpustakaan Awam Pasir Gudang dan bengkel yang kami anjurkan di Skudai. Maaf sangat tak update sebelum kelas kerana pre-book dah penuh sampai tak boleh nak iklankan kekosongan! 

Ribuan terima kasih buat anda semua yang selalu menyokong kami. untuk updates terkini, boleh juga ke Fb pages kami di

 https://www.facebook.com/Artventurekidsstudio/

Advertisements

CRAFT MUDAH – PUPPET HAIWAN MINI

★ Bekas telur
★ Cat poster atau acrylic
★ Felt atau kertas warna
★ Gam
★ Wiggly eyes

1. Potong bekas telur membentuk bahagian badan dan kertas warna sebagai kaki dan paruh

2. Warnakan bekas telur dengan warna hitam untuk penguin. Biarkan kering. Jika menggunakan cat poster, tinggalkan bahagian tengah untuk diwarnakan putih.

3. Warnakan putih pada bahagian tengah badan penguin.

4. Lekatkan kaki, paruh dan mata penguin.

5. Buat pelbagai haiwan mini lain dengan konsep yang sama, seperti burung, penyu dan lain-lain.

Selamat mencuba!!!

5421_1154908967853710_5722113160411836889_n

12814406_1154908924520381_6954947295156076522_n

12524261_1154908667853740_2802992276710726971_n

12670944_1154908717853735_4477127790623758529_n

12804753_1154908771187063_2387944492462287828_n

12814800_1154908824520391_6836339552516404022_n

9863_1154908871187053_6481561185412052593_n

12794452_1154908894520384_6576512511796937644_n

Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah 2015 (Johor Bahru)

Cuti Sekolah kembali lagi! Jom sertai kami di School Holiday Workshop cuti sekolah akan datang ni. Dibawah ini jadual kelas untuk Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah di Johor Bahru:

Macammana nak daftar??

wa saja atau sms kami di sessi pilihan, nama dan umur anak ke:

013-751 0602 atau 019-3371514

Dibawah ni contoh nak register Bengkel Art & Craft Cuti Sekolah:

JB CLASS
ROCK GARDEN & DIY CLOCK
Irsyad Safwan 6 thn
Ikhwan Syafiq 11 thn

Cepat-cepat daftar sebab tempat terhad kepada 20 orang per class sahaja!

‪#‎BengkelCutiSekolahDec2015‬

SCHOOL HOLIDAY WORKSHOP

ART-VENTURE KIDS’ STUDIO DI HARI PENGGUNA MALAYSIA 2015

Thank you to KPDNKK kerana sudi menjemput Art-Venture Kids’ Studio untuk sam-sama memeriahkan Hari Pengguna 2015 di Dataran Merdeka hujung minggu yang lepas.

Kali ini kami share recycle craft yang mudah dibuat. Hanya gunakan botol terpakai, kertas tisu berwarna warni (kertas lutsinar bukan tisu biasa), dawai, lin dan gam. Botol lilin yg dihias dengan kertas tisu ni sesuai dijadikan hiasan taman!

12189158_10153556547962870_1723291301580415496_n

 

12063809_10153556548027870_4660574538383295995_n

 

 

11026195_10153556548412870_4103486849449679576_n

11220483_10153556548187870_47224134771780638_n

12074651_10153556548217870_5040859916583636530_n

 

12187799_10153556548122870_6067588902076465344_n

 

12106783_10153556548057870_7416938510754911894_n

 

12049474_10153556548532870_1163513504813552611_n

12049310_10153556548287870_8331003149391086203_n

12046915_10153556548352870_1795920641528112766_n

6 ART & CRAFT MUDAH UNTUK KANAK_KANAK 4 TAHUN KE BAWAH

6 aktiviti art & CRAFT mudah untuk bayi

Ramai yang bertanya tentang apakah art & craft yang sesuai dengan kanak-kanak bawah umur 4 tahun?

Umur begini memang tak banyak teknik art & craft yang boleh digunakan tetapi, kalau kita pandai mix & match, Insyaallah, anak-anak akan sentiasa teruja dengan setiap projek yang dilakukan!

Saya kongsikan antara yang pernah kami buat di studio.

  1. Alphabet & Numbers Art
  2. Potato Printing
  3. My Book 
  4. Hand Print
  5. Worm in Your Apple
  6. Cotton Sheep

 

 

 

 

Kad Katak 2D Yang Comel

Jom cuba buat kraf katak yang kiut ni. Kombinasi teknik kolaj, watercollor & oil pastel.

Untuk anak-anak kecil, parents boleh tolong gunting dan biarkan mereka menampal dan mewarna. Selain katak, kami pernah buat teknik yang sama untuk haiwan-haiwan lain seperti ayam dan ikan.

Cubalah!

CYMERA_20151010_135612

Comel tak saya!!! Tengoklah aksi saya yang hebat menangkap serangga!

CYMERA_20151010_134822

Lipat 2 kertas warna dan lukis separuh bahagian katak dan mulutnya seperti di atas. Lukis mata di kertas yang lain. Potong mengikut lakaran. (Gambar dari sisi belakang)

CYMERA_20151010_134537

Pada bahagian mulut yang dipotong, lipat seperti dalam gambar. (Gambar dari sisi belakang)

CYMERA_20151010_134936

Tolak bahagian yang dilipat ke depan. (Gambar dari belakang)

CYMERA_20151010_135105

Beginilah rupanya dilihat dari sisi hadapan.

CYMERA_20151010_135222

Tampal mata katak seperti di atas.

CYMERA_20151010_135355

Tampal katak ke atas kertas lukisan yang siap di warnakan. Jangan lupa hias dulu kad dengan gambar daun dan lain-lain elemen menarik.

CYMERA_20151010_135512

Ini contoh kad yang dah siap. Gambar daun dilukis sebelum menampal katak. lebah, katak dan bunga guna teknik kolaj. Jangan lupa tampalkan lidah dalam mulut katak dan biarkan ia terjulur keluar sedikit.

CYMERA_20151010_135808

Yang ni pula muka hadapan kad katak. Ikut suka nak hias macammana.

MINI ROCKS GARDEN

Stone painting ni macam-macam style boleh buat tau. Selain sesaja nak main kaler-kaler, projek stone painting boleh buat hiasan taman mini macam yang kami buat di studio ni! Mudah aje.. hanya perlukan batu bersaiz sederhana kecil, pasir, pasu kecil dan paling penting kena guna cat acrylic ya! Bila dah siap cat batu-batu tu dengna pelbagai stail dan corak, tanamkan batu dalam pasu berisi pasir2 putih.lepas tu boleh cari ornament kecil dan hias sekitar pasu. Cantikkan??

stone3 stone2

stone1

BENGKEL ART & CRAFT CUTI SEKOLAH

Next week dah pun cuti sekolah. Anak-anak pun dah habis mid year exam. Cuti sekolah ni kalau tak ada rancangan untuk anak-anak, apakata join Art-Venture Kids’ Studio punya program – Bengkel Seni & Kraf Cuti Sekolah. Setidak-tidaknya ada juga kepelbagaian dalam aktiviti cuti sekolah mereka kan…

Di bawah ni saya sertakan jadual class. For more info, please do not hesitate to call me at 019-3371514. Happy Holiday Kids!!

Painting – Plaster of Paris

Plaster modelling ni dah pernah cerita before. Cuma nak kongsi gambar budak2 ni. Mereka ni memang suka painting sebab most of them tak berkesempatan nak cuba di rumah mahupun di sekolah – apalagi penggunaan acrylic yang agak mahal. Itulah salah satu sebab adanya Art-Venture Kids’ Studio ni.. nak beri peluang pada kanak2 menggunakan pelbagai media selain dari tempat yang sesuai untuk aktiviti macam ni..

Hemm.. sebut tentang tempat yang sesuai.. dah beberapa kali gak insident paint & air tumpah ke lantai!!!! Nama pun budak2….

Landscape Drawing – Sawah Padi

Ingat tak masa kecik2 dulu bila lukis pemandangan rata2 semua lukis gambar sawah padi berlatar belakangkan gunung. Saya pun sama. Lepas tu adala matahari kat celah gunung… rumah kampung, tepi tu ada pokok kelapa..hehe.. walhal saya tak pernah tengok the real sawah sampaila umur 18 tahun – masa ikut kawan sebilik balik kampong dia di Gurun, Kedah. Exited bukan main.. snap gambar sawah padi kat tepi highway..  tup2 kawin dengan Kedahan.. sekarang rumah saya betul2 bersebelahan sawah padi.

Di Alor Setar ni sawah padi masih banyak lagi. Jadi saya rasa topic landscape – sawah padi ni bukan sesuatu yang asing buat kanak2 kat sini. Sebagai permulaan saya suruh mereka buat garisan di tengah kertas sebagai pembahagi ruang – antara sawah dan latar belakang. Saya beri guideline macammana nak lukis sawah padi, Tapi untuk latar belakangnya, terpulang pada creativity masing-masing.

Saya tak menitik beratkan sangat cantik atau tidak lukisan kanak2 ni. Pada saya apa yang lebih penting ialah proses perbincangan tentang subjek yang dilukis tu. Sessi berceritalah masanya kita nak latih minda kanak2 ni menjadi lebih kreatif. Kadang-kadang lukisan anak2 kita nampak simple je, tapi bila suruh mereka bercerita tentang apa yang dilukis tu, macam2 kisah keluar! Kat bawah ni hasil kerja tangan kanak2 7 hingga 10 tahun. Mereka cuma ada masa selama 1 1/2 jam je nak habiskan melukis dan mewarna. Kalau dapat masa lebih tentu banyak lagi idea mereka yang boleh direalisasikan dalam lukisan ni!!

Aiman - 7 thn

Madiha - 7 thn

Alyaa - 8 thn

Hazirah - 8 thn

Aisyah - 9 thn

Irfan - 10 thn

City Scraper – Recycle Art

Saya memang suka mengumpul kotak2 dan bakul etc, sampai husband pun bising banyak sangat kotak tapi tak buat ape puuun.. Dulu masa bekerja pun saya kumpul bakul & bekas, bos pun dah tau kalau hamper sampai, isinya bagilah sesiapa tapi bakul, kotak, saya yang punye.. So bila dah buka studio ni saya memang happy sebab ada tempat untuk saya simpan bahan2 recycle saya ni..

2 mnggu lepas, kami cuba buat recycle art guna kotak2 kesayangan saya.. Lepas 2 sessions, akhirnya siap juga projek City Scrapper dari bahan2 terbuang ni.

Barang2 yang diperlukan ialah mounting board putih (kami guna yang besar sebab ini group projek), kotak2 terpakai seperti kotak susu, cereal, cawan plastic etc.

Mula-mula, buat latarbelakang pemandangan pada board yang nak ditampal. Bahagi kepada 2 bahagian, satu berlatarbelakangkan awan, yang bawahnya berlatarbelakangkan jalan raya.

Lepas tu, bolehlah sediakan kotak2 sebagai bangunan. Projek macam ni selalunya guna teknik papier mache – tampal kertas kat kotak sebelum warnakan kotak-kotak tu. Kami guna cara yang mudah &  cepat sikit –  tapekan je kotak guna masking tape, lepas tu warnakan dengan poster color or plaka.

Sebelum lupa, kalau simpan kotak2 susu or minuman tu, make sure bilas bahagian dalam kotak supaya tak de lebihan susu tertinggal.

Kami mengalami insiden bau susu masam bila start menggunting kotak.. hehhe… My mistake.. lepas ni saya make sure bila nak simpan recycle box, cuci bersih2 dulu.

Lepas mewarna, mulalah lukis tingkap, pintu dan signage. Bila bangunan dah siap, lekatkan ke atas board guna pvc glue atau double sided tape. Tambahkan seri projek ni dengan benda2 lain sebagai hiasan – kami guna awan dari kapas, matahari dari pencungkil gigi.. dan macam-macam lagi.

Projek begini secara tak langsung mengajar anak2 merancang sebelum membuat sesuatu. Dalam projek ni, kalau mereka tak rancang kedudukan bangunan, besar bangunan, timbul pulak masaalah tak muat, kotak terlalu besar, terlalu kecil, etc

Selain daripada itu, mereka juga belajar tentang 3 dimensional subject dan lebih peka pada keadaan sekeliling. Fahmi contohnya, buat pelbagai area untuk hotelnya – ada gymnasium, restaurant dan semestinya kolam renang!!! Berkarya dengan bahan2 terbuang ni juga melatih minda berfikir ”out of the box”. So lepas ni.. kalau nak buang kotak2 tu.. fikirlah dulu, kot2 boleh guna untuk aktiviti craft anak2.

Multi-Hand Drawing

Melukis tangan boleh jadi satu aktiviti yang penuh dengan warna warni!

Mula-mula kenalkan anak2 dengan tanan kiri dan kanan, cerita perbezaan dan kegunaannya. Lepas tu suruhlah mereka letak tangan atas kertas dan mula melukis. Beri anak-anak kebebasan untuk tentukan design, nak yang overlapping atau tidak, yang penting setiap bahagian yang terhasil dari corak tangan tu diisi dengan warna. Kalau nak selitkan Math, bolehlah suruh anak2 kira berapa banyak jari ada dalam lukisan mereka.

Yang ni dibuat oleh kanak2 berusia 10 tahun menggunakan oil pastel dan pensil color. Yang bawah ni pula oleh kanak2 berusia 7 tahun menggunakan pensil color. Coloring nih agak memenatkan untuk kanak2. Ikut pengalaman saya dengan anak2, susah betul nak suruh mereka habiskan mewarna at the same time. Salah satu cara nak bagi they all finish up their work is by giving them tokenlah.. or else, buatlah sikit-sikit, asal siap kan..

Buah Labu – Recycle Plastic Bag

Semalam my 2nd son on mc. Lepas dah rasa sihat sikit, dia ajak buat something arty, so we check out internet for some small & easy project. We decided to try out this project we found in this GREAT website called “Art Projects for Kids”. (Klik kat nama untuk tengok website tu..) Thanks a lot Kathy!

Simple je project ni, tapi hasilnya nampak WOW. Mula-mula ambil beberapa plastic bag – we all buat kecik je, dalam 6 plastic bag. Lepas tu buat simpulan kat atas untuk ketatkan dia. Next, ambil rubber band dan ikat accross the bag untuk jadikan bentuk buah labu.

Lepas tu, kami tapekan buah labu ni guna clear tape, sebab tu je yang ada kat rumah, lain-lain tape ada kat studio, so we all just use whatever we have around us. Lepas tu, untuk lebih mudah kami guna gesso untuk buat satu lapisan sebelum mewarna. Dalam website tu guna teknik papier mache, tapi sebab my son want something yang boleh siap cepat, we all guna gesso je. Kalau buat papier mache ambik masa pulak nak keringkan.

Satu lagi tu, kami sesaja ja buat bentuk pelik.. hehe. Agak -agak apa ya? Yg tu dalamnya kami isi dengan tissue paper (accidently sebab my baby jumpa tissue roll and sepahkan satu rumah, bila kutip nak buang and masuk dalam plastic bag, we thought this could be another model for this project!)

Lepas dah sapu gesso tu, keringkan jap, cuaca kat sini panas sangat so it takes less than 5 minute. Lepas tu boleh start mewarna. Untuk buah labu tu ada 3 warna sebenarnya, dimulakan dengan orange, lepas tu letak color coklat cair dan hijau sikit.

Tada.. dah siap – jgn lupa letak varnish sebagai finishing touch. Yang merah tu, my son decided to make Mr Crab out of it.. kesian sambil tangan menggeletar lukis mata, hidung dan mulut.. tu yang terkeluar sikit tu… My baby buat Mr Crab tu macam bola – it’s durable! baling2 pun tak pecah sebab plastic bagkan.

Macam2 lagi boleh dibuat guna teknik ni.. Can’t wait to try this in the class later!