TREASURE HUNT MUDAH UNTUK ANAK-ANAK DI RUMAH

 

Weekend yang panjang tak semestinya kena bawa anak-anak jalan ke hotel dan tempat percutian, betul tak? Sekali sekala buat aktiviti kat rumah pun best juga..

Salah satu aktiviti yang kita boleh buat ialah bermain Treasure Hunt di rumah -baik di dalam mahupun di laman. Saya suka buat di laman sebab takut saya pulak yang hangin tengok anak menggeledah rumah cari barang nanti..

Lebih seronok bila ajak kawan anak kita untuk join sekali. Klau ramai boleh buat beberapa group. Aktiviti ni bukan saja bagus untuk beriadah, malah boleh memupuk semangat berkerjasama dan melatih anak-anak berfikir di luar kotak.

CYMERA_20160122_110707 CYMERA_20160122_111312

6 ART & CRAFT MUDAH UNTUK KANAK_KANAK 4 TAHUN KE BAWAH

6 aktiviti art & CRAFT mudah untuk bayi

Ramai yang bertanya tentang apakah art & craft yang sesuai dengan kanak-kanak bawah umur 4 tahun?

Umur begini memang tak banyak teknik art & craft yang boleh digunakan tetapi, kalau kita pandai mix & match, Insyaallah, anak-anak akan sentiasa teruja dengan setiap projek yang dilakukan!

Saya kongsikan antara yang pernah kami buat di studio.

  1. Alphabet & Numbers Art
  2. Potato Printing
  3. My Book 
  4. Hand Print
  5. Worm in Your Apple
  6. Cotton Sheep

 

 

 

 

Bling-bling collage

I remember doing a lot of art projects when I was a kid! Simple but fun. Dan yang paling saya ingat, walaupun my mum tak sekolah tinggi tapi bila time art, dia akan usahakan cari bende2 yang cikgu suruh bawa ke sekolah. During our time, cikgu2 banyak ajar guna benda2 yang mudah didapati kat dapur, tumbuh2an, kalau kena beli pun yang murah2 je.

Kids nowdays memang beruntung sebab macam-macam benda yang boleh dibeli untuk digunakan dalam art. Sediakan duit je… Mcm project collage ni, kami guna bling-bling bagi menggantikan kertas. Cari je kat kedai stationary ataupun kedai craft supply. Budak2 mana yang tak suka tengok benda2 berkilau macam ni kan…

Marini & Umaira, 4 years old

 

Submarine – undersea view

Oleh sebab anak anak dalam lingkungan umur pre-school ni masih tak berapa pandai melukis, aktiviti yang mudah ialah tampal & lekat. Kalau asyik guna kertas boring juga bebudak ni kan. Jadi apa kata kali ni kita guna lain-lain medium seperti plastic plate & foam.

Tittle kali ni macam menarik je kan.. hmm.. projek ni memang best tau!! Kami cuba dengan anak2 berumur 4 tahun, jadi prosess menggunting kenalah cikgu yang buat. Kalau cuba dengan anak2 lebih dewasa boleh suruh mereka lukis dan gunting sendiri.

Bahan-bahan untuk undersea view atau aquarium ni tak banyak – 2 plastic plate, foam pelbagai warna, gam, gunting dan acrylic paint .

Mula-mula catkan base plastic plate pertama dengan warna biru – ini untuk gambar laut. Untuk plastic plate kedua, potong bahagian tengahnya untuk membuat tingkap. Telangkupkan plastic plate tu dan cat dengan warna kegemaran – sebagai bingkai tingkap.

Sementara tunggu cat kering,  lukis beberapa gambar hidupan laut dalam seperti ikan, tapak sulaiman, ketam, rumpai laut, batu-batuan  di atas foam mengikut warna yang sesuai. Ingat, lukis kecik2 je sebab window yang kita nak buat ni bukan besar sangat. Lepas tu, gunting semua yang dah dilukis untuk di tampal atas plastic plate pertama yang dah dicat biru tadi.

Susun semua hidupan laut ikut daya imaginasi masing-masing. Siap menampal foam2 tersebut, tampal pula plastic plate kedua ke atas plastic plate pertama…

Dah siap pun.. nampak macam tingkap kapal selam dan pemandangan dari dalam kapal selam kan??

Hadif, 4 – Yang paling skima…
Marini, 4 – paling garang…
Dania, 4 – paling sweet..
Umaira, 4 – Paling manja..
The Art-venture Kids Juniors…

p/s: Bila buat craft ni jangan lupa bercerita tentang hidupan laut.. pengalaman mandi laut etc.. barulah tak terasa penatnya..

Collage for Toddler

Umaira - 4 thn

Comelnya Umaira ni!!

Seronok betul dia buat collage for the first time. Ini satu lagi projek mudah untuk kanak-kanak 3-6 tahun. Mereka ni bukan tak suka mewarna, tapi cepat penat.. maklumlah tangan pun masih tak kuat nak grip pensel warna.

Jadi apa kata, cuba aktiviti collage pula. Tak perlu menggunting. Cuma koyakkan kertas2 warna, kemuadian suruh mereka apply gam pada gambar dan tampal kertas2 warna tu. Biar mereka decide warna apa untuk bahagian2 yang ada. Yang penting, gambar yang dipilih tu mesti yang mereka suka dan pilihan warna kena banyak, jadi semangatlah sikit they all nak siapkan…